Cara baiki kerosakan Monitor ( Warna RGB)


Monitor merupakan salah satu daripada komponen Komputer. Tanpa Monitor kita tidak dapat melihat paparan hasil kerja kita. Walaupun monitor jarang rosak, tapi apabila rosak, semua kerja kita pasti terbengkalai. Oleh itu penting bagi kita untuk mengetahui asas membaiki monitor. Dalam artikel ini saya akan menunjukkan cara cara membaiki monitor yang rosak di bahagian warna atau RGB.

Pertama sekali bukalah casing monitor tersebut. Setelah di buka, kita cari pula rangkaian PCB yang terletak dibahagian belakang tabung atau dalam bahasa elektronik disebut Matriks.

Cara baiki yang pertama, Kalau warna paparan pada monitor terkadang normal atau terkadang berubah menjadi warna dominan, biasanya masalah tersebut di sebabkan oleh adanya solderan yang kendor atau retak, jadi cara memperbaikinya adalah solder semula semua pin kaki-kaki komponen tersebut terutama Transistornya.

Cara yang ke 2 ialah, jika warna paparan monitor Merah, Biru, dan Hijau semua muncul tetapi bercampur baur dan susah untuk dipisahkan, cuba cek jalur Degausing iaitu jalur yang membahagikan warna agar sesuai dengan warna asalnya, Jalur ini berbentuk 2 buah kabel yang terhubung melingkari tabung, cuba solderkan balik kawasan soket degausing tersebut.

Cara yang ke 3 ialah , kalau semua cara yang ditunjukkan tadi tidak berhasil, cuba anda cek kabel VGA mungkin salah satu kabel RGBnya sudah putus atau sebagainya, kalau terputus atau tidak bersambung dengan betul, solderkan dia, atau kalau perlu gantikan sahaja dengan yang baru. Selamat mencuba semuga berhasil.

About these ads

2 Responses to Cara baiki kerosakan Monitor ( Warna RGB)

  1. yusof berkata:

    jika t.v tiada paparan apakah masalahnya dan bagaimana untuk atasi masalah berikut..harap saudara dapat beri tunjuk ajar cara baikinya…terima kasih..

  2. Jeffrey berkata:

    Saudara Yusof, Maksud awak TV yang tiada paparan tu ADA atau TIADA power. Sekiranya tiada power, Kemungkinan besar Fiusnya yang terbakar. Awak check fiusnya dan sekiranya terbakar, gantikan saja dgn baru.

    Sekiranya ada power tapi tiada paparan. Selalunya IC gambar yang rosak. Bentuknya lebih kurang empat segi berwarna hitam, keluarkan barang tu dan gantikan dgn IC Gambar baru. Insyallah akan ada paparan TV Awak..

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: