Tidak sempurna Komputer kalau tidak ada printer. Sebab lazimnya ada saja yang kita hendak print dari Komputer tersebut. Tapi jangan hanya tahu memprint saja, penjagaan printer kita kena tahu juga. Berikut merupakan beberapa tip menjaga printer.
- Bersihkan printer:- Untuk memanjangkan hayat printer, rajin-rajinlah membersihkannya. Dan pastikan semasa membersihkan, Suis hendaklah di’OFF kan.
- Jangan rehatkan printer terlalu lama:- Paling lama pun, printer hendaklah digunakan seminggu sekali, dan semua warna hitam putih/warna hendaklah digunakan. Ini bertujuan supaya ink tidak mengering di Head Printer.
- Catridge jangan kosong:- Apabila catridge semakin kurang, isikanlah dengan segera. Kalau dah kosong nanti, catridge tersebut tidak boleh digunakan.
- Jangan sentuh PIN CMOS:- jangan sekali kali menyentuh pin CMOS sebab benda tu mudah rosak. Jika diperhatikan CMOS tersebut ada tanda pangkah yang bererti jangan di sentuh.
- OFFkan printer mengikut aturannya:- Maksudnya tutuplah printer dengar menekan butang tutup. Jangan terus menutup printer dengan meng’OFF’kan plug. Kalau selalu buat macam tu, alamatnya cepatlah hayat printer tu.
- Jangan diamalkan mencetak gambar pekat:- maksudnya kurangkan mencetak gambar pekat seperti kotak hitam yang besar dan sebagainya. Ini akan membebani kerja head printer seterusnya memendekkan hayatnya.
- Jangan mencetak dengan kertas yang rosak:- kerana kertas-kertas itu mudah tersangkut yang menyebabkan kertas jem. Cetaklah dengan menggunakan kertas Bersih.
Semoga tips ringkas penjagaan printer ini memberi manfaat.