ISU PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH


Rasanya isu kalimah Allah sudah semakin ke puncak panasnya. Belum ada tanda suhunya akan reda.

Pada masa yang sama perasaan umat Islam, semakin panas. Lebih membimbangkan, kini semakin ramai mula mempunyai pandangan sinis terhadap agama Kristian walaupun ada yang turut berkata orang Kristian juga tidak gembira dengan reaksi umat Islam terhadap mereka.

Cuma dalam bab ini kawan tertanya-tanya sendiri, apa yang telah dilakukan oleh rakyat bukan Islam untuk meredakan ketegangan yang ada. Adakah mereka fikir ia akan reda sendiri.

Adakah mereka fikir orang Melayu Islam tidak akan mengamuk? Bagi kawan, orang bukan Islam tidak boleh membuat perhitungan yang salah dalam isu yang amat sensitif ini.

Di saat ribuan umat Islam yang mula menyuarakan rasa tidak puashati mereka secara terbuka sama ada dalam demonstrasi atau melalui komen-komen di media tradisi dan baru, sepatutnya golongan bukan Islam mengambil inisiatif untuk meredakan keadaan.

Orang bukan Islam sebenarnya tidak boleh berdiam diri. Isu ini boleh meletup sepertimana kejadian di Kampung Medan yang membabitkan orang Islam dan Hindu.

Hari ini saja kita dikejutkan dengan kejadian lebih sebuah gereja cuba dibakar oleh pihak tertentu. Kawan tak tahu siapa yang membakarnya.

Boleh jadi orang Islam, mungkin juga orang Kristian dan tidak mustahil juga pihak ketiga yang mahu umat Islam dan Kristian berbunuh-bunuhan.

Sepatutnya, pada pandangan kawan, orang bukan Islam terutamanya para pemimpin mereka tampil ke hadapan untuk meredakan suasana. Jangan hanya mengharap orang Islam sendiri terpaksa meredakan emosi pengikut mereka. Ini tidak betul.

Apa salahnya, pemimpin bukan Islam terutama dari parti politik baik MCA, Gerakan, MIC, DAP dan PKR misalnya tampil ke hadapan dan meminta agar pihak Kristian menarik balik tuntutan mereka.

Kawan yakin, para pemimpin bukan Islam terutama dari parti politik punya idea dan alasan yang munasabah untuk meminta pemimpin gereja menarik balik tuntutan mereka.

Bukankah mereka sentiasa ada hujah yang bernas malah kreatif. Sedangkan soal yang termaktub dalam perlembagaan pun mereka kreatif mencari jalan untuk mempertikaikannya, apatah lagi isu penggunaan kalimah Allah yang begitu tipis benteng untuk mempertahankan kehendak pejuang Kristian bermazhab Khatolik.

Pemimpin bukan Islam juga sebenarnya boleh bertanyakan pemimpin Islam tentang hujah-hujah mereka, kenapa mereka menentang penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.

Sudah tentu banyak hujah yang timbul dan yang paling jelas sekali ialah sejak agama Kristian lahir, nama Allah tidak pernahpun disebut dalam kelahiran agama itu termasuklah dalam kitab Bible yang asal.

Jadi, jika benar mereka memperjuangkan keadilan dan kesaksamaan, nah, inilah masanya untuk mereka bersatu suara dengan pemimpin Islam.

Tunjukkanlah keikhlasan di saat-saat genting dan getir sebegini. Barulah, orang Islam akan hormati mereka sampai bila-bila dan suhu ketegangan dapat diturunkan dengan pantas.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: