Rupa-rupanya Prosessor yang rosak


Seminggu lalu, seorang pelanggan menelefon saya (En Kamarudin) dari Pasar Borong, Selangor meminta Komputernya Pentium 3, berjenama Fujitsu, 500Mhz, 256 Ram di baiki. Menurutnya, bila di ‘ON’kan Komputer tidak menyala, Lalu saya berpendapat Power Supplynya perlu di tukar atau Fiusnya sudah terbakar, jadi saya terus bergegas kerumahnya dengan membawa 4 Size Power Supply, Fius dan beberapa peralatan lain. Dalam hati saya senangnya kerosakan yang saya perlu baiki hari ini.

Memang Komputernya tidak hidup, setelah menukar Power supplynya, barulah komputernya menyala tapi, Cuma ada powernya saja tanpa memberikan sebarang reaksi.
Tiada sebarang bunyi, dan tiada sebarang mesej yang kelihatan sebab paparannya tidak sampai ke Monitor.

Memandangkan semua Hardware di penuhi habuk, saya membersihkannya terlebih dahulu satu persatu, tapi tidak juga membuahkan hasil. Habis semua RAM, Graphic kad, Harddisk, monitor dan lain lain juga dicuba, namun gagal juga.

Sangkaan saya mungkin MotherBoardnya yang rosak, sebab fizikalnya yang agak teruk, tapi meleset. Rupa-rupanya Prosessornya yang rosak. Saya dapat kesan setelah menggantikan prosessor dengan prosessor computer yang lain. Dalam hati saya, kalaulah saya tahu ini kerosakan pada awalnya, taklah saya menghabiskan masa lebih kurang 2 jam melayan benda lain.

Apapun kerosakan pada kali ini menambahkan lagi satu ilmu buat saya.

5 Responses to Rupa-rupanya Prosessor yang rosak

  1. alidin berkata:

    kerosakan pada processor tidak mempunyai sebarang tanda, itu yang menyukarkan. dengan demikian perlu diuji satu persatu (hardware)begitu juga dengan kerosakan pada main board.

  2. shahril berkata:

    kdang kala boleh di uji kalau motherboar rosak atau tidak dengan mencabut RAM,kalau ada bunyi dari buzzer..mobo tersebut ok,jika tidak kebarangkalian prosessor rosak…thank jeffry diatas artikel di atas😉

    p/s:pastikan buzzer pada mobo berfungsi🙂

  3. logeswaryprushotaman berkata:

    lepas itu jadi apa…….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: