Hari Keluarga di Kalumpang Resort

15 April 2012

Pada tanggal 14-04-2012 bersamaan dengan hari sabtu, saya  telah berpeluang menyertai program family day anjuran keluarga Silver Bird di Kalumpang Resort & Training Centre, Tanjung Malim Perak.  Program ini adalah yang ke 2 pada tahun 2012 setelah Berjaya menawan puncak Broga pada  February lepas. Seramai 25 orang yang menyertai  program familyday ini yang terdiri daripada kanak-kanak dan dewasa.

Segala yang dirancang berjalan lancar walaupun cuaca agak redup sedari  pagi. Sungai pula sedikit keruh dan deras selepas hujan sebelum itu. Namun semua itu diatasi dengan keseronokan apabila bermulanya acara Makan dan sukaneka seperti acara Relay, isi air dalam botol, bungkus kawan gunasuratkhabar dan sebagainya.

Menu yang dipilih berdasarkan pada potluck, iaitu sesiapa yang menyertai di galakkan membawa makanan sendiri.  Pelbagai menu yang dibawa  seperti Ayam, Nasi goreng, Sosej, Daging Burger, Kambing, salad, Mee Goreng, Buah buahan, jagung, sayur campur, air berperisa, Sandwich Roti  dan lain lain.  Akibatnya banyak lebihan makanan yang terpaksa di bawa balik semula.

Selesai saja sukaneka, kelihatan rakan-rakan yang dah berpeluh, sudah tidak sabar sabar lagi untuk mandi. Jelas kegembiraan di wajah masing masing, walaupun ketika itu air sungai masih lagi deras dan keruh. Acara mandi manda terpaksa dihentikan lebih kurang pukul 1.30 petang kerana hujan mulai turun, sedikit lebat berbanding pagi. Dan kerana hujan inilah juga yang menamatkan program pada hari ini.

Amtara kemudahan yang disediakan di kalumpang Resort & Training Centre seperti berikut:

  1. Chalet biasa
  2. Chalet resort
  3. Asrama
  4. Dewan dan PA System
  5. Kmemah dan tapak khemah
  6. Set karaoke
  7. BBQ set
  8. Pakej BBD
  9. Pakej Makanan
  10. Sukaneka
  11. Sewa Padang
  12. Sewa Pondok
  13. Aktiviti ( Jungle trekking, Night walk, Treasure Hunt)
  14. Piknik dan sebagainya…

Antara yang turut serta

seronoknya….

Bersedia untuk sukaneka

pasangan bahagia

bilalah nak pecah belon ni..

yeh… menang…

membalut mumia

Orang ke hantu ni?

wah… seronok sangatlah tu

Advertisements

Malang tidak berbau, Jatuh Motorsikal disebabkan kecuaian orang lain…

12 April 2012

Pagi itu cuaca sangat baik,, tiada hujan mahupun angin yang agak kencang, sebagaimana sebelum-sebelumnya.  Kenderaan dijalan raya yang saya lalui juga  tidak  banyak.  Mungkin kerana masih awal dalam pukul 7.30am begitu… Sebab itulah kenderaan semuanya laju-laju,  Kalau diikutkan, kenderaan mana boleh laju, sebab jalan ini merupakan kawasan perkilangan di Seksyen 23, Shah Alam.

Seperti biasa saya membonceng motorsikal di lorong kiri jalan. Lepas  saja Jambatan dan berhadapan dengan kilang  Kanzen Tetsu Group dari arah Sri Muda, Tiba-tiba sebuah kereta Nissan Sunnny 130Y menghimpit ke kiri saya.  Pemandunya berbuat begitu sebab mengelak jalan yang tidak rata.  Tapi dia tidak melihat dahulu ada motorsikal atau tiada dikawasan itu.  Terus masuk melulu sahaja.

Akibatnya Keadaan  tidak terkawal lagi lalu  Motorsikal saya melanggar Divider.  Sejurus itu, saya jatuh dan terpelanting ke tepi. Nasib baiklah tiada kereta lalu ketika itu, kalau ada nahaslah saya.  Saya ditolong oleh seorang pembonceng motorsikal yang mengekori saya ketika itu.

Keadaan Motorsikal Rim depan  bengkok, handle bengkok, break tangan depan bengkok, cermin lampu besar pecah dan cover depan pun pecah.  Motorsikal pula tidak boleh di start sebab Jem dibahagian minyak.  Tak pasal pasal kena RM400 lebih untuk membaikinya.

Kereta tu pula terus jalan. Dan saya  tidak sempat mencatitkan nombornya. Nampak orangnya macam India je… Inilah langgar lari namanya.  Nasib baiklah kecederaan saya  tidak teruk mana  Hanya cedera di bahagian kaki dan tangan kanan.  Di kaki kanan  kasut dan seluar saya koyak. Ditangan kanan pula lengan baju koyak, serta bercalar disekitar tangan.

Akhirnya saya meminta rawatan di sebuah klinik panel. Dapat MC 2 hari saja.  Sepatutnya perkara seperti ini tidak berlaku kalau semua orang bertimbang rasa dan berhati-hati.  Ingatlah, jalan raya adalah milik semua.  Jangan kerana kecuaian orang lain, orang lain pula yang menanggungnya.

1

Inilah jalan tempat saya kemalangan. Nampak tak jalan tidak rata di tengah jalan itu?

2

Kereta Nissan Sunny 130Y mengelak lubang ini, tapi pemandunya tidak tengok dulu ada atau tiada kenderaan lain, lalu kereta itu menghimpit Motorsikal saya secara mengejut ke tepi sebelah kiri jalan.

3

Akibatnya saya terlanggar divider ini dan jatuh di sini jugak.

4

Serpihan warna merah adalah Cover depan motorsikal saya yang pecah

5

Kemalangan ini betul-betul berlaku di depan Kilang Kanzen Tetsu Group. Selepas jambatan dari arah Taman Sri Muda, Seksyen 25

6Keadaan motorsikal selepas kemalangan berlaku,  cover depan pecah, lampu besar pecah, handle bengkok dan lain-lain

7Gambar dari dekat handle dan lampu yang pecah itu

8Gambar Cover depan yang pecah. Rim pun bengkok sebenarnya

9

Seluar yang koyak

10

Tali kasut juga terputus

11

Belakang tapak tangan kanan yang bercalar

12

Jari kelingking tapak tangan kanan sudah di balut

13Tangan kanan juga sudah berbalut, kat tangan ini besar juga calarnya


Memancing di Jeti Nelayan Telok Gong

12 Februari 2012

Saya percaya, aktiviti memancing merupakan hobi yang diminati ramai, terutamanya lelaki. Lihat sajalah disungai-sungai, parit-parit, kolam-kolam pancing atau lombong, tidak lekang dengan kaki-kaki pancing ini,  terutamanya di kawasan ramai penduduk di pinggir ibukota.

Kebiasaanya aktiviti memancing ini di lakukan pada hujung minggu atau hari kelepasan Am.  Pantang ada peluang kaki-kaki pancing ini akan turun bersama rakan, mahupun bersama sanak saudara.  Sebenarnya mereka ini bukannya mengharapkan sangat hasil pancingan, tapi lebih kepada riadah. Tekanan di tempat kerja akan dilepaskan melalui aktiviti ini. Topik lain juga boleh dibahankan ketika itu.

Pada perayaan Thaipusam lepas (07-02-12), saya bersama 4 rakan yang lain ke Jeti Nelayan Di Telok Gong untuk memancing. Aktiviti seperti ini sudah banyak saya sertai.  Kali ini kami mula memancing dari pukul 10.00am sehinggalah pukul 2.00pm.  Tapi hanya 7 ekor anak ikan kerapu yang kami dapat. Itulah yang dinamakan rezeki, kadang dapat banyak , kadang dapat sikit.  Tapi kepuasan memancing itu yang penting bagi kami.

Sepanjang masa memancing, sebenarnya air laut sedang proses surut, menyebabkan air mengalir dengan laju. Situasi ini menyebabkan  mata kail selalu tersangkut dan akhirnya putus.  Selain memancing di jeti yang di sediakan,  Di Telok Gong juga ada menyediakan kemudahan Kelong yang boleh disewa serendah RM 30 seorang selama 24 jam.  Keadaan kelong ini biasa-biasa saja, tapi di dalamnya terdapat kelengkapan seperti tandas, tv, barang-barang BBQ, Dapur, periuk, kuali, belanga, sudip, sudu, garfu, pisau, tilam, bantal, ubat nyamuk, cerek, minyak, gula, garam, teh, kopi, dan air bersih yang saya rasakan sangat-sangat berbaloi.

Pengangkutan ke kelong  menggunakan Boat pengusaha kelong itu sendiri. Dan kita boleh menghubungi mereka bila bila masa sahaja.

Kepada mereka yang kaki pancing, di bawah ini antara  tempat-tempat memancing di Selangor  yang sering dikunjungi ramai:-

–          Pelabuhan Klang ( pintu gedung & laluan kapal)

–          Pelabuhan Klang ( jetty StarCruice,  tanjung gila dan pulau ketam)

–          Pulau indah (LagunaPark, Jetty nelayan Telok Gong)

Orang pertama dapat lesen….


XPDC Menawan Puncak Broga

5 Februari 2012

Bergambar di kaki Bukit Broga

Pada Sabtu (04-02-2012) lepas, tercatit sejarah tersendiri  bagi beberapa orang staff Silver Bird kerana Berjaya menawan Bukit Broga, di Semenyih Selangor.  XPDC yang disertai oleh Ida, Zah, Kamal, Lela, Jeffrey, Muiz serta seorang lagi kawan muiz itu, bertolak dari Silver Bird pada pukul 4.00am melalui Puchong-Kajang-Semenyih, dan sampai di kaki bukit Broga sejam kemudian.

Pendakian yang mencabar ( pukul 5.20am)

Pendakian sejauh 1.7 KM itu sekali sekala mencabar dengan keadaan cerun yang curam, namun berkat usaha yang gigih, tepat pukul 6.30am puncak Broga Berjaya juga di tawan. Terpancar keriangan dan kepuasan  di wajah masing-masing. Sementara menunggu sang mentari muncul, banyak gambar dirakam untuk kenangan.

Berehat seketika

Sebenarnya ramai  lagi pendaki lain yang lebih awal mendaki,  dan terus bertambah menjelang pukul 7.00am. Dipuncak Broga, pendaki-pendaki berpecah kepada beberapa kumpulan  memenuhi segenap ruang lapang, dan dianggarkan sehingga 150 orang pendaki yang menyaksikan keindahan alam serta kemunculan matahari pagi itu.  Sungguh menakjubkan ciptaan Tuhan.  Rata-rata pendaki sangat teruja. Kedengaran di sana sini teriakan riang gembira.  Sekitar kawasan Semenyih pula sangat cantik di pandang dari atas bukit.

Dipuncak Broga

Pendaki-pendaki mula menuruni bukit setelah Matahari jelas kelihatan.  Sekali lagi cabaran bermula, bezanya kurang sedikit berbanding sewaktu mendaki.  Perjalanan menuruni bukit juga dirasakan agak cepat. Dikaki bukit juga sudah ada peniaga yang menjual makanan.  Perjalanan kami diteruskan ke Taman Warisan Pertanian di Putrajaya untuk menjamu selera,  seterusnya kembali semula ke Silver Bird untuk bersurai.

Bersama pendaki lain 

Sesungguhnya pengalaman XPDC seumpama ini amat manis untuk di kenang….

Terpancar wajah keriangan

Yahoo…

Sedikit Info tentang bukit Broga bagi mereka yang minat cabaran.

–          Terletak di Semenyih, Negeri Selangor

–          Lebih kurang sejam perjalanan dari shah Alam melalui Puchong-Kajang-Semenyih.

–          Cuma dikenakan bayaran Parking RM 2 sekali masuk

–          Sejauh 1.7 KM hingga ke Puncak,  anggaran perjalanan ke puncak dari 30 hingga 1 jam ke atas ( ikut stamina anda)

–          Tidak ada tandas dan menjual makanan di atas ( sebelum mendaki buang apa yg patut dan bawa apa yang patut dahulu)

–          Di tempat yang curam ada di sediakan tali untuk menyenangkan pendakian

–          Pendaki yang mendaki sebelum subuh dikehendaki membawa lampu suluh dan kasut bertapak kasar agar perjalanan lebih mudah.


Cara menyemak IP Komputer

14 Ogos 2011

Sebelum itu apa dia Alamat IP Komputer ini.   IP Komputer atau  internet protokol Address merupakan  satu nombor unik yang terdapat di setiap komputer yang bersambung ke internet.  IP komputer ni lebih kurang macam alamat rumahlah gitu, cumanya IP ni hanya di komputer sahaja… Contoh nombor IP Komputer seperti berikut ‘10.1.1.2’, nombor ini di selang dengan  titik di antaranya.

 

Tentu masih ramai di antara kita yang tak tahu macam mana nak check IP komputer sendiri kan?  ada 2 cara untuk melihatnya:

Cara 1 : Klik kanan pada icon Network

 

– Klik butang ‘start’

– Pilih ‘setting’  dan klik ‘network connection’

– Klik kanan pada icon network yang aktif dan pilih ‘status’

– Pilih tab ‘support’

– Bolehlah lihat apa IP untuk komputer anda

 

Cara 2:  dengan menggunakan Command

 

– Start

– Run – Taip cmd atau  command

– Taip ipconfig/all – Untuk melihat semua maklumat

– Taip ipconfig/renew –  perbaharui IP anda yang menggunakan dhcp

– Taip ipconfig/? – untuk melihat tentang semua command tentang ipconfig

 

Penting ke kita nak lihat IP Komputer ini? ya memang amat penting  bagi mereka yang ingin sharing data dan printer, tanpa IP, komputer tidak dapat berhubung antara satu sama lain.  Kita boleh bayangkan kalau tiada alamat rumah seseorang yang ingin dituju, dan kita pula tidak tahu rumahnya. susahkan… itulah pentingnya IP komputer ini.

 

diharap maklumat ringkas ini berfaedah….

 


TIPS MEMINIMUMKAN KOMPUTER HANG

31 Januari 2011

Anda mungkin pernah mengalami pengalaman Komputer Hang.  Pengalaman Komputer Hang ini boleh menganggu pekerjaan atau tugasan anda.  Seterusnya dianggap tidak efektif dalam tugasan. Komputer Hang  sewaktu sedang bekerja ini terjadi apabila komputer tidak seimbang dengan Perfomannya.

Komputer hang ini boleh diminimumkan.  Caranya dengan menjadikan komputer anda  seefecien yang boleh.  Dibawah ini saya sediakan beberapa tips untuk meminimumkan komputer daripada Hang.

 

  1. Selalu lakukan Scan Antivirus. Ini disebabkan, salah satu penyebab Komputer Hang  adalah dengan adanya Virus yang aktif.
  2. Pastikan tidak banyak program yang aktif.  Cara untuk mengetahui berapa banyak program aktif ini dengan melihat  Icon yang ada disudut kanan bawah Desktop anda.  Tutupkan program yang tidak diperlukan.
  3. Hapuskan terus program yang tidak digunakan.  Contohnya aplikasi yang kurang bermanfaat,  Uninstallkan atau remove pada Control Panel-Add or remove Program.
  4. Lakukan defragment pada haddsik C, caranya dengan  Klik Kanan pada Haddisk C, Kemudian Pilih Properties.  Apabila muncul paparannya,  pilih tab tools seterusnya pilih defragment now.  Kemudian lakukan defragment, sekurang-kurangnya sebulan sekali.

 

Jika anda mengikuti tips-tips di atas, ianya sedikit sebanyak meminimumkan komputer hang, Semoga tips ini bermanfaat…

 

 


Cara-cara Menjaga Printer

24 Disember 2010

Tidak sempurna Komputer kalau tidak ada printer. Sebab lazimnya ada saja yang kita hendak print dari Komputer tersebut. Tapi jangan hanya tahu memprint saja, penjagaan printer kita kena tahu juga.  Berikut merupakan beberapa tip menjaga printer.

 

  1. Bersihkan printer:- Untuk memanjangkan hayat printer, rajin-rajinlah membersihkannya. Dan pastikan semasa membersihkan, Suis hendaklah di’OFF kan.
  2. Jangan rehatkan printer terlalu lama:-  Paling lama pun, printer hendaklah digunakan seminggu sekali, dan semua warna hitam putih/warna hendaklah digunakan. Ini bertujuan supaya ink tidak mengering di Head Printer.
  3. Catridge jangan kosong:- Apabila catridge  semakin kurang, isikanlah dengan segera. Kalau dah kosong nanti, catridge tersebut tidak boleh digunakan.
  4. Jangan sentuh PIN CMOS:- jangan sekali kali menyentuh pin CMOS sebab benda tu mudah rosak. Jika diperhatikan CMOS tersebut ada tanda pangkah yang bererti jangan di sentuh.
  5. OFFkan printer mengikut aturannya:- Maksudnya tutuplah printer dengar menekan butang tutup. Jangan terus menutup printer dengan meng’OFF’kan  plug.  Kalau selalu buat macam tu, alamatnya cepatlah hayat printer tu.
  6. Jangan diamalkan mencetak gambar pekat:-  maksudnya kurangkan mencetak gambar pekat seperti kotak hitam yang besar dan sebagainya.  Ini akan membebani kerja head printer seterusnya memendekkan hayatnya.
  7. Jangan mencetak dengan kertas yang rosak:- kerana kertas-kertas itu mudah tersangkut yang menyebabkan kertas jem. Cetaklah dengan menggunakan kertas Bersih.

 

Semoga tips ringkas  penjagaan printer ini memberi manfaat.