Menaip tanpa Keyboard

23 Ogos 2010

Bagaimana cara kita menaip tanpa menggunakan keyboard? Mungkin kita terfikir seketika, nak taip dengan apa? sebenarnya kita masih boleh menaip menggunakan ‘Keyboard di Skrin Komputer’ tanpa menggunakan keyboard sebenar.

Kita menggunakan kemudahan ini sekiranya terdapat kerosakan pada butang keyboard, atau saja menggunakannya kerana malas menggunakan keyboard sebenar. Cara menggunakannya, klik pada page yang hendak di taip, kemudian klik huruf di keyboard dengan mouse anda.

Cara mendapatkan kemudahan ini:-

1. Klik butang ‘start’
2. Pilih ‘Program’
3. Pilih ‘Accessories’
4. Pilih ‘Acessibility’
5. Klik ‘On-Screen Keyboard’

Selepas mengklik ‘On-Screen Keyboard; dengan serta merta akan terpaparlah Keyboard di Skrin computer anda. Selamat mencuba tips ini……


Baca Al-Quran secara Online

21 Ogos 2010

Hari ini 21/08, adalah hari ke 11 Ramadhan. Maknanya dah hampir 2 minggu umat islam seluruh dunia menunaikan ibadat puasa. Sebahagian daripada kita merasa gembira kerana 2 minggu lagi Syawal akan menjelma. Tapi tidak kurang juga yang merasa sedih sebab masa untuk mendapat ganjaran beribadat di bulan yang mulia ini sudah semakin singkat.

Diantara cara untuk menambahkan ibadat ialah dengan memperbanyakkan bacaan Al-Quran. Tidak kiralah dengan cara membaca sendiri, melalui CD atau computer. Kita juga boleh membaca Al_Quran melalui internet di laman Web ‘Quran Explorer’ . Alamatnya ialah: http://quranexplorer.com/.

Al-Quran yang disediakan di laman Web ini menggunakan Format Flash yang boleh digunakan dengan lebih baik. Kita bukan saja boleh membaca ayat-ayat suci Al-Quran serta terjemahannya tetapi boleh mendengar kedua duanya sekali. Kita juga senang memilih mana mana ayat atau surah yang hendak kita baca.

Rebutlah peluang untuk beribadat di bulan yang mulia ini kerana Ramadhan tahun depan belum tentu kita bertemu lagi.

Selamat menunaikan Ibadat Puasa 2010.


Edit Gambar secara ONLINE

12 Ogos 2010

Mungkin ramai di antara kita yang Hobinya mengedit gambar. Tak kiralah apa jenis gambar sekalipun. Banyak perisian mengedit gambar ini, salah satunya yang boleh kita buat secara Online ialah Picnik. Kena eja betul-betul, bukannya Picnic.

Perisian ini antara yang terbaik buat masa ini. Boleh di layari di laman http://piknik.com/. Kalau di bandingkan dengan perisian lain, ia amat mudah di gunakan dan mudah untuk menghasilkan gambar yang berkualiti dengan kesan-kesan khas pada gambar tersebut.

Gambar-gambar yang hendak anda edit itu, boleh di uploadkan dari tempat simpanan gambar anda seperti di Facebook, picasa, Flickr, CD, Pendrive atau dari komputer sendiri.