XPDC Menawan Puncak Broga


Bergambar di kaki Bukit Broga

Pada Sabtu (04-02-2012) lepas, tercatit sejarah tersendiri  bagi beberapa orang staff Silver Bird kerana Berjaya menawan Bukit Broga, di Semenyih Selangor.  XPDC yang disertai oleh Ida, Zah, Kamal, Lela, Jeffrey, Muiz serta seorang lagi kawan muiz itu, bertolak dari Silver Bird pada pukul 4.00am melalui Puchong-Kajang-Semenyih, dan sampai di kaki bukit Broga sejam kemudian.

Pendakian yang mencabar ( pukul 5.20am)

Pendakian sejauh 1.7 KM itu sekali sekala mencabar dengan keadaan cerun yang curam, namun berkat usaha yang gigih, tepat pukul 6.30am puncak Broga Berjaya juga di tawan. Terpancar keriangan dan kepuasan  di wajah masing-masing. Sementara menunggu sang mentari muncul, banyak gambar dirakam untuk kenangan.

Berehat seketika

Sebenarnya ramai  lagi pendaki lain yang lebih awal mendaki,  dan terus bertambah menjelang pukul 7.00am. Dipuncak Broga, pendaki-pendaki berpecah kepada beberapa kumpulan  memenuhi segenap ruang lapang, dan dianggarkan sehingga 150 orang pendaki yang menyaksikan keindahan alam serta kemunculan matahari pagi itu.  Sungguh menakjubkan ciptaan Tuhan.  Rata-rata pendaki sangat teruja. Kedengaran di sana sini teriakan riang gembira.  Sekitar kawasan Semenyih pula sangat cantik di pandang dari atas bukit.

Dipuncak Broga

Pendaki-pendaki mula menuruni bukit setelah Matahari jelas kelihatan.  Sekali lagi cabaran bermula, bezanya kurang sedikit berbanding sewaktu mendaki.  Perjalanan menuruni bukit juga dirasakan agak cepat. Dikaki bukit juga sudah ada peniaga yang menjual makanan.  Perjalanan kami diteruskan ke Taman Warisan Pertanian di Putrajaya untuk menjamu selera,  seterusnya kembali semula ke Silver Bird untuk bersurai.

Bersama pendaki lain 

Sesungguhnya pengalaman XPDC seumpama ini amat manis untuk di kenang….

Terpancar wajah keriangan

Yahoo…

Sedikit Info tentang bukit Broga bagi mereka yang minat cabaran.

–          Terletak di Semenyih, Negeri Selangor

–          Lebih kurang sejam perjalanan dari shah Alam melalui Puchong-Kajang-Semenyih.

–          Cuma dikenakan bayaran Parking RM 2 sekali masuk

–          Sejauh 1.7 KM hingga ke Puncak,  anggaran perjalanan ke puncak dari 30 hingga 1 jam ke atas ( ikut stamina anda)

–          Tidak ada tandas dan menjual makanan di atas ( sebelum mendaki buang apa yg patut dan bawa apa yang patut dahulu)

–          Di tempat yang curam ada di sediakan tali untuk menyenangkan pendakian

–          Pendaki yang mendaki sebelum subuh dikehendaki membawa lampu suluh dan kasut bertapak kasar agar perjalanan lebih mudah.

Tinggalkan komen