Cara menyemak IP Komputer

14 Ogos 2011

Sebelum itu apa dia Alamat IP Komputer ini.   IP Komputer atau  internet protokol Address merupakan  satu nombor unik yang terdapat di setiap komputer yang bersambung ke internet.  IP komputer ni lebih kurang macam alamat rumahlah gitu, cumanya IP ni hanya di komputer sahaja… Contoh nombor IP Komputer seperti berikut ‘10.1.1.2’, nombor ini di selang dengan  titik di antaranya.

 

Tentu masih ramai di antara kita yang tak tahu macam mana nak check IP komputer sendiri kan?  ada 2 cara untuk melihatnya:

Cara 1 : Klik kanan pada icon Network

 

– Klik butang ‘start’

– Pilih ‘setting’  dan klik ‘network connection’

– Klik kanan pada icon network yang aktif dan pilih ‘status’

– Pilih tab ‘support’

– Bolehlah lihat apa IP untuk komputer anda

 

Cara 2:  dengan menggunakan Command

 

– Start

– Run – Taip cmd atau  command

– Taip ipconfig/all – Untuk melihat semua maklumat

– Taip ipconfig/renew –  perbaharui IP anda yang menggunakan dhcp

– Taip ipconfig/? – untuk melihat tentang semua command tentang ipconfig

 

Penting ke kita nak lihat IP Komputer ini? ya memang amat penting  bagi mereka yang ingin sharing data dan printer, tanpa IP, komputer tidak dapat berhubung antara satu sama lain.  Kita boleh bayangkan kalau tiada alamat rumah seseorang yang ingin dituju, dan kita pula tidak tahu rumahnya. susahkan… itulah pentingnya IP komputer ini.

 

diharap maklumat ringkas ini berfaedah….

 


Edit Gambar secara ONLINE

12 Ogos 2010

Mungkin ramai di antara kita yang Hobinya mengedit gambar. Tak kiralah apa jenis gambar sekalipun. Banyak perisian mengedit gambar ini, salah satunya yang boleh kita buat secara Online ialah Picnik. Kena eja betul-betul, bukannya Picnic.

Perisian ini antara yang terbaik buat masa ini. Boleh di layari di laman http://piknik.com/. Kalau di bandingkan dengan perisian lain, ia amat mudah di gunakan dan mudah untuk menghasilkan gambar yang berkualiti dengan kesan-kesan khas pada gambar tersebut.

Gambar-gambar yang hendak anda edit itu, boleh di uploadkan dari tempat simpanan gambar anda seperti di Facebook, picasa, Flickr, CD, Pendrive atau dari komputer sendiri.


Apakah erti internet?

20 Julai 2010

Apakah erti internet?
Mungkin masih ramai yang tidak jelas dengan pengertian sebenar internet. Internet itu sendiri berasal dari perkataan International Networking, yang bermaksud 2 komputer atau lebih yang saling berhubungan di antara satu sama lain, sama ada berinteraksi atau bertukar informasi.

Internet juga seperti perpustakaan besar yang di dalamnya terdapat jutaan informasi atau data yang boleh diperolehi sama ada berupa teks, grafik, audio, animasi dan lain lain dalam bentuk media elektronik. Semua orang boleh mengunjungi perpustakaan itu bila bila masa saja. Dari segi komunikasi, internet merupakan salah satu perantaraan yang sangat efektik dan efician untuk melakukan pertukaran informasi jarak jauh atau dekat, seperti dalam lingkungan pejabat dan sebagainya.

Dahulunya internet di kenali sebagai Wadah untuk bertukar informasi yang kemudiannya di manfaatkan oleh perusahaan komersial sebagai business mereka. Ketika ini pengguna internet tersebar dengan luas di seluruh dunia dan telah mencapai lebih lebih dari lima ratus juta pengguna, dan jumlah itu di jangka akan bertambah lagi dari semasa ke semasa. Pengguna internet kini bukan saja di Bandar Bandar, tapi di kampung kampung juga di akses dengan mudah sekali.


Tanda tanda Komputer di jangkiti Virus

27 Jun 2010

Dalam dunia tanpa sempadan ini, apa saja boleh berlaku. Kecanggihan teknologi juga boleh disalahguna. Virus dicipta untuk menyusahkan orang lain. Walaupun kita mempunyai perisian anti virus, ianya belum dapat menjamin 100% selamat.Tahukah anda apakah tanda-tanda jika pc kita telah dijangkiti virus?

Tanda tanda pc anda telah dijangkiti virus adalah seperti berikut:
• PC menjadi hang selepas dibuka, dan seringkali berlaku.
• Prestasi PC tiba-tiba sahaja menjadi lembap. Sebarang aplikasi atau fail yang hendak dibuka menjadi terlalu perlahan.
• Keluar mesej “Out of memory error” walaupun PC mengandungi ruang ingatan yang mencukupi.
• Sistem operasi Windows tidak boleh dijalankan walau sebelum ini kita tidak pernah menyentuh bahagian setting ataupun mengubah registry.
• Sistem operasi Windows tidak dapat dijalankan kerana fail-fail penting untuk menjalankannya hilang tiba-tiba.
• Ada program yang tidak pernah diinstal sebelum ini tiba-tiba muncul dan berjalan dengan sendirinya.
• Terdapat proses yang tidak diketahui sedang berjalan dan menggunakan banyak sumber CPU.
• Kita tidak boleh menginstal sebarang program atau aplikasi baru.
• Windows seringkali reboot dan proses reboot berlaku berulangkali.
• Utiliti cakra seperti scandisk melapurkan banyak error pada cakra selepas melakukan imbasan cakra.
• Program atau aplikasi yang sebelum ini boleh digunakan crash secara tiba-tiba.
• Drive partition bagi cakra keras, CD-ROM dan cakra liut tiba-tiba sahaja hilang.
• Menerima email yang mengandungi sisipan-sisipan yang ganjil, contohnya mengandungi dua ekstensi.
• Perisian Antivirus hilang tiba-tiba.
• Perisian Antivirus tidak boleh di instal.
• Dialog box terpapar pada skrin secara tiba-tiba.
• Sistem PC berjalan dengan sendirinya, misalnya tetikus menunjuk ke sesuatu, membuka dan menutup tray CD-ROM dengan sendirinya.
• Penunjuk tetikus berubah imej dan grafik.
• Ikon-ikon ganjil terpapat pada sistem tray walaupun tidak pernah menginstal sebelum ini.
• Muzik atau Video tiba-tiba sahaja dimainkan dengan sendirinya.
• Saiz sesuatu fail berubah, walaupun kita tidak mengeditnya sebelum ini.
• Fail-fail yang kita simpan hilang satu persatu.
• Properties sesuatu fail berubah dengan sendirinya.

Sumber : Majalah Tempatan


Cara mendengar radio dari seluruh dunia

22 Jun 2010

Kepada warga perantau terutamanya, anda tidak perlu kembali ke negeri atau Negara kelahiran semata-mata ingin mendengar Radio, kerana kecanggihan teknologi internet masakini membolehkan segala-galanya, termasuklah menonton TV secara langsung atau mendengar radio.

Untuk mendengar siaran radio, kita boleh mendengar siaran dari seluruh dunia di http://www.radiotime.com/. Amat mudah sekali untuk kita menggunakannya. Pengguna hanya taip laman web ini, lepas tu cari web radio yang mereka inginkan dengan menaip nama stesen radio tersebut, nagara atau Bandar di mana ianya berada.

Jika stesen tersebut sedang ke udara di internet, satu butang yang bertulis Listen akan di paparkan. Apabila di klik di listen itu, kita dengan serta-merta akan mendengar siaran radio secara langsung.
Bukan itu sahaja, pendengar juga boleh merakamkan siaran stesen tersebut secara outomatik. Untuk mendapatkan kemudahan ini anda perlu memuat-turunkan perisian yang dinamakan RedButton, ianya terletak disebelah bawah laman web http://www.radiotime.com/.

Dengan menggunakan perisian ini anda boleh memillih untuk merakamkan siaran-siaran radio yang terdapat di laman web ini mengikut, tarikh, hari dan juga frekunsi.


Cara Terjemahkan tulisan rumi kepada tulisan Jawi

22 Mei 2010

Tulisan jawi merupakan tulisan asal bangsa Melayu. Namun ramai daripada orang Melayu tidak boleh menulis Jawi. Kini terdapat laman web yang boleh membantu pengguna yang tidak arif menulis jawi, menghasilkan tulisan jawi dengan menaip tulisan rumi.
Alamat laman web untuk kemudahan ini adalah http://www.ejawi.net/converter.php?go=rumi
Pengunjung hanya perlu menaip ayat didalam tulisan rumi di bahagaian yang disediakan, tekan diatas butang terjemah, dan hasil terjemahan ayat didalam tulisan jawi akan dapat dilihat dibahagian bawah.
Langkah yang seterusnya adalah untuk menyalin tulisan jawi yang telah dihasilkan dan diletakan didalam perisian lain seperti email atau Word Processor.


Beberapa tanggapan teknikal yang salah….

22 April 2010

Kailas Shastry dari PC World India telah menyenaraikan 30 tanggapan silap berkaitan dengan hal teknikal komputer. Antaranya ialah:

  1. Tutup suis tanpa ’shut down’ dulu Windows akan menyebabkan komputer rosak.
  2. Anda mesti ‘hentikan’ terlebih dahulu USB drive sebelum dicabut daripada komputer.
  3. Selalu membuka dan menutup komputer akan mengurangkan ‘hayat’ komputer anda.
  4. OS 64 bit adalah dua kali ganda lebih laju berbanding OS 32 bit.
  5. Mengosongkan ‘Recycle Bin’ akan memastikan bahawa fail itu akan lenyap terus.
  6. Magnet akan merosakkan data dalam peranti anda seperti ‘harddisk’ ataupun ‘USB drive.’
  7. Media CD/DVD akan tahan selama-lamanya.
  8. Jika komputer anda sudah dipasang perisian anti virus maka tidak perlulah anda risau apabila anda memasang sebarang perisian baru.

Untuk maklumat terperinci tentang salah tanggapan teknikal berkaitan dengan komputer, sila lawati laman web ComputerWorld Australia.


Pasang sendiri CCTV

11 April 2010

Sejak akhir-akhir ini, kita  sentiasa mendengar mengenai kes-kes kecurian yang dapat diselesaikan dengan menggunakan kemudahan CCTV.  Apakah itu CCTC? CCTV adalah dari singkatan perkataan Close Circuit TV atau System TV Litar Tertutup.

Apabila kita membicarakan mengenai kemudahan CCTV biasanya ianya hanya dipasang di bank, pejabat dan kedai-kedai sahaja. Namun kini teknologi telah membolehkan pengguna memasang CCTV dipasang di rumah masin-masing. Satu daripada cara termurah untuk memasang CCTV dirumah adalah dengan menggunakan kemudahn Webcam dan perisian yang sesuai.

Webcam adalah kemudahan yang biasanya digunakan untuk melakukan sidang video. Webcam biasanya tidak dibekalkan dengan perisian untuk menjadikannya sebagai CCTV, ianya tidak boleh merakam pergerakan secara automatik. Untuk menjadikan Webcam sebagai CCTV kita perlu tambahkan perisian yang sesuai. Diantara perisian yang boleh kita gunakan adalah Crime Catcher, ianya boleh dimuat-turun di http://www.crime-catcher.com/


Fungsi Bateri CMOS

31 Mac 2010

Pada setiap motherboard terdapat satu bateri yang dipasang padanya. Bentuknya bulat, sama seperti bateri yang digunakan pada sesetengah jam. Bateri ini dinamakan bateri CMOS (Complementary Metal Oxide Semiconductor).

Sekiranya bateri ini tidak dipasang pada motherboard atau kuasa bateri telah lemah, maka error akan wujud semasa proses POST komputer. Sekiranya komputer masih di”paksa” untuk terus beroperasi tanpa menggunakan bateri CMOS, maka komputer tersebut akan menggunakan BIOS “default setting”.

Fungsi utama bateri CMOS ialah:
1. Untuk menyimpan masa komputer (time setting).
2. Untuk menyimpan BIOS settings.

Biasanya bateri cmos akan lemah setelah 5 tahun digunakan atau komputer tersebut sering di “force shutdown”. Sekiranya anda mendapati bateri cmos telah lemah, dapatkan sahaja gantian bateri cmos di kedai jam.

Sumber asal.. http://sufianpc.blogspot.com/


Teknik pemasangan peralatan USB yang betul

26 Februari 2010

USB adalah dari singkatan perkataan Universal Serial Bus. Ianya diwujudkan untuk memudahkan pelbagai peralatan disambungkan kepada komputer.
USB berbeza daripada serial atau printer port kerana ianya boleh membekalkan tenaga letrik kepada peralatan. Selain daripada itu port USB boleh disambungkan kepada peralatan USB yang lain hanya dengan menggunakan satu port USB di komputer utama.
Didalam pemasangan peralatan USB perkara yang pertama yang perlu diikuti adalah, jangan pasangkan peralatan USB tanpa memasang USB driver peralatan tersebut terlebih dahulu. Ini akan mengakibatkan peralatan tersebut tidak boleh digunakan selepas itu.
Jadi berhati-hati apabila kita mempunyai peralatan USB yang baru dibeli.


Terjemahan tulisan rumi kepada tulisan Jawi

11 Februari 2010

Tulisan jawi merupakan tulisan asal bangsa Melayu. Namun ramai daripada orang Melayu tidak boleh menulis Jawi. Kini terdapat laman web yang boleh membantu pengguna yang tidak arif menulis jawi, menghasilkan tulisan jawi dengan menaip tulisan rumi.

Alamat laman web untuk kemudahan ini adalah http://www.ejawi.net/converter.php?go=rumi

Pengunjung hanya perlu menaip ayat didalam tulisan rumi di bahagaian yang disediakan, tekan diatas butang terjemah, dan hasil terjemahan ayat didalam tulisan jawi akan dapat dilihat dibahagian bawah.

Langkah yang seterusnya adalah untuk menyalin tulisan jawi yang telah dihasilkan dan diletakan didalam perisian lain seperti email atau Word Processor.


Meletakkan gambar digital di Internet melalui www.flickr.com

9 Februari 2010

Semasa perayaan atau pergi ke tempat tempat menarik, banyak gambar diambil menggunakan kamera digital atau telefon bimbit. Jangan biarkan gambar tersebut wujud didalam kamera digital sahaja. Kini anda boleh meletakkan gambar-gambar tersebut di Internet untuk dikongsikan kepada semua.

Terdapat banyak laman-laman web yang memberikan kemudahan untuk meletakkan gambar secara online. Diantara laman web yang popular untuk meletakkan gambar adalah di http://www.flickr.com.

Diantara kelebihan meletakan gambar di flickr adalah, ianya memberikan kemudahan untuk memuat-naik gambar secara serentak dan gambar yang diletakkan di flickr boleh juga dipaparkan dilaman blog atau web yang berlainan.

Gambar sebegini sayang kalau di simpan dalam kamera Digital sahaja


Muat turun Video dari Youtube melalui www.keepvid.com

7 Februari 2010


Youtube merupakan lokasi dimana pelbagai video boleh ditonton. Namun setakat ini video di youtube tidak boleh dimuat-turun untuk disimpan. Walaubagaimanapun kini terdapat kemudahan untuk memuat-turunkan video dari youtube dari pihak ketiga.
Kemudahan tersebut dinamakan keepvid dari http://www.keepvid.com

200906230730.jpg


Bagaimana hendak mengakses gmail melalui Telefon Bimbit

6 Februari 2010


Email memang telah menjadi satu keperluan didalam cara kita berhubung masakini. Namun sehingga sekarang email hanya boleh diakses melalui komputer. Sebenarnya tel bimbit kita boleh digunakan untuk mengakses email, menerima dan menghantar.

Tetapan untuk mengakses gmail adalah seperti berikut:

Mailbox Name: GMAIL

Access Point in use: [default access point]

My email address: mygmail@gmail.com

Outgoing email server (SMTP): 64.233.185.109

Send message: immediately

User name: mygmail@gmail.com

Password: [your gmail password]

Incoming mail server (POP): 64.233.185.109

Mailbox type: POP3

Security (ports): 993/995

APOP secure login: OFF