Berkelah di sungai Ulu Yam , Selangor


Lama rasanya tidak pergi berkelah di mana-mana. Kali terakhir kami pergi pada 17-10-2009 di sungai camang bentong, Pahang, maknanya hari ini 17-10-2010, kami pergi berkelah di Ulu Yam Selangor, seolah-olah ulang tahun pula. Cuma tempatnya berbeza, orang yang ikut juga berlainan.

Sebenarnya rancangan ini telah di buat seminggu lebih awal. Juhadi telah mencadangkan untuk berkelah di Ulu Yam, dan saya setuju tempat itu. Lagipun sungai Ulu Yam sajalah tempat perkelahan yang terdekat dengan kediaman saya di Seksyen 25, Shah Alam iaitu kira-kira 50 minit perjalanan melalui Lebuh Raya Damansara Puchong.

Menyediakan ayam yang hendak di bakar

Mencari Idea bagaimana  nak hidupkan Api

Sebagimana yang dirancangkan, pada pukul 10.00am kami bertolak dari Shah Alam dengan menaiki sebuah Van yang memuatkan seramai 10 orang iaitu 7 orang dewasa dan 3 orang kanak-kanak. Saya bersama isteri dan adik ipar, Juhadi pula dengan isteri dan anak dan Jiran Juhadi suami isteri serta 2 orang anak.

Antara menu yang di bawa oleh juhadi ialah ayam perap, minuman tin dan makanan ringan, saya pula membawa bebola ayam, Maggie, Sosej dan peket minuman 3 dalam 1. Perjalanan Ke Ulu Yam agak lancar kerana kenderaan tidak banyak. Cuma di tempat perkelahan orang dah ramai menyebabkan susah mendapatkan parking dekat.

Sampai saja di Ulu Yam, kami terus menyalakan api dan mula memanggang barangan barbeque. Sambil mandi manda berdekatan tempat yang dipilih. Kelihatan semua rombongan begitu puas dan seronok. Air sungai juga begitu nyaman dan sejuk. Sesekali kedengaran kicauan burung-burung hutan .

Tukang bakar Ayam

Sedap Ayam ni…

Dalam keghairahan mandi-manda, tidak disedari jam sudahpun melewati pukul 5.00pm. Ketika itu barangan barbeque yang sudah di masak banyak lagi yang tidak habis di makan. Agaknya sudah kekenyangan semua. Namun terpaksa berkemas juga untuk balik memandangkan hari semakin lewat.

Sejuk dan Nyaman air ni

Ramainya orang mandi-manda

Tidak di sangka, ketika berkemas hujan turun dengan lebatnya. Kami terpaksa berteduh seketika di sebuah pondok berdekatan sementara hujan belum reda. Barang Barbeque yang tidak habis tadi terpaksa dibuang kerana dimasuki air hujan. Setengah jam kemudian, kami terpaksa balik juga memandangkan belum ada tanda-tanda hujan nak reda. Perjalanan balik ke shah alam agak perlahan disebabkan hujan dan jalan yang agak licin. Kami sampai di Shah Alam lebih kurang pukul 6.40pm.

3 Responses to Berkelah di sungai Ulu Yam , Selangor

  1. Shah Alam Dude berkata:

    tempat ni memang best selain Sg Choh

  2. Dila berkata:

    boleh tahu ulu yam belah mana nie?

Tinggalkan komen