njoi TV Satelit PERCUMA daripada Astro

31 Januari 2013

Sebelum ini, rakyat Malaysia mungkin tidak terfikir adanya TV Satelit PERCUMA daripada Astro.  Namun pada 20 Disember 2011, YAB  Perdana Menteri , Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abd Razak telah merialisasikan impian rakyat itu dengan perasmiannya di Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Cochrane Perkasa, Kuala Lumpur.

Majlis itu turut dihadiri oleh Menteri Wilayah Persekutuan dan kesejahteraan Bandar, Dato’ Raja Nong Chik Raja Zainal abidin; Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang; Ketua Pegawai Eksekutif ASTRO, Datuk Rohana Rozhan serta pemangku ketua UMNO Bahagian Titiwangsa, YBhg. datuk Johari Abdul Ghani.najib


Berkenalan dengan Photoshop CS3

26 Januari 2013

photoshop_icon_cs3_style copySebagaimana yang kita tahu, Photoshop CS3 merupakan salah satu daripada puluhan perisian mengedit gambar yang ada di pasaran.  Antara yang lain  ialah Photoscape, Snag it, Gimp,  Jing, Paint.Net, Dreamlight, Irfanview, My Paint, 5DFLY, Paint Star, Pixia, Pinta dan lain lain.  Photoshop sendiri banyak versi bermula dari Photoshop CS1, CS2, CS3, CS4, CS5 dan seterusnya.  Saya sendiri menggunakan photoshop CS3 untuk mengedit gambar-gambar pengantin. ( http://www.fotocanggih.wordpress.com)

Sebelum menginstallkan perisian ini,  hendaklah diketahui syarat minima keupayaan komputer, agar komputer boleh menggunakan program ini. Syarat minima adalah seperti di bawah.

– Processor: Intel® Pentium® 4, Intel Centrino®, Intel Xeon®, atau  Intel Core™ Duo (atau yang setaraf)

– Microsoft® Windows® XP dengan Service Pack 2 atau Windows Vista™ Home Premium, Business, Ultimate, atau  Enterprise

– RAM: 512MB

– Video / Graphic Card dengan memori: 64MB

– Ruang Hardisk kosong sebesar 1Gb, supaya ada lebihan semasa menginstallkan

– Monitor dengan resolusi 1,024×768 dalam kedalaman warna 16 bit

– DVD-ROM drive

– Program QuickTime 7, diperlukan untuk menggunakan fasilitas multimedia

Bagi yang ingin mencari perisian mengedit gambar, cubalah perisian ini.  Untuk post akan datang, insyallah saya akan tunjukkan beberapa tutorial untuk mengedit gambar.


‘Gempak Santai Harian Metro 2012’ di I City Shah Alam

17 Disember 2012

Pertama sekali, saya nak ucapkan jutaan terima kasih kepada Harian Metro, kerana dah selalu bagi tiket percuma kepada pembacanya. Sebelum itu, tempat- tempat peranginan seperti laketown Resort, gambang water Park, genting highlands dan water world Melaka  pun pernah  dibuat oleh Harian Metro. Jadi kita berilah kredit pada akhbar ini….

Untuk mendapatkan tiket percuma, pembaca hendaklah menebus sekurang-kurangnya 15 keratan kepala akhbar untuk 2 tiket. Pengunjung memang terlalu ramai, sebab tiket yang diberi percuma itu melebihi 20 ribu hingga 50 ribu tiket mengikut tempat.

Pada 15 dan 16hb-Dec-2012 lalu,  Harian metro sekali lagi memberikan tiket percuma kepada pembacanya. Kali ini di water world I city shah alam. Sebanyak 20 ribu tiket di peruntukkan kali ini.  20 ribu tiket  ini dibahagikan kepada 2 hari iaitu 10 ribu untuk hari Sabtu dan 10 ribu untuk hari Ahad.

Karnival air yang dinamakan ‘Gempak Santai Harian Metro 2012’ itu telah menghimpunkan lebih 20 ribu pengunjung sebenarnya. Ini disebabkan ada juga  pengunjung yang membeli tiket di kaunter dengan harga RM45.00 untuk dewasa dan RM25.00 untuk kanak-kanak. Harga tiket ketika ini adalah promosi. Dan kebanyakkan pengunjung pula datang dari sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

1

2

3

4

5

6

7

8

9


Melawat Zoo Negara

9 Disember 2012

Kali terakhir saya mengunjungi Zoo Negara adalah sekitar tahun 2008. waktu itu tiket masuk dewasa berharga RM15.00 dan RM6.00 untuk kanak-kanak.  09-December-2012, saya mengunjungi Zoo Negara lagi dan kali ini tiket sudah naik RM30.00 untuk dewasa dan RM10.00 untuk kanak kanak. (Harga tiket untuk  sabtu, ahad dan cuti umum) Hari biasa RM 25.00 untuk dewasa dan RM6.00  untuk kanak-kanak.  Manakala untuk warga asing pula berharga RM50.00.

Saya rasa cepat sangat kenaikan ini berlaku, baru 4 tahun, dah naik 2 kali ganda harganya.  Sedangkan  bila tengok keadaan dalam Zoo, sama saja seperti 4 tahun sudah.  Tak apalah, mungkin gaji pekerja dan makanan binatang dah naik kot…

Masa melawat Zoo dari pukul 9.00am sampai pukul 5.00pm.  Masa untuk pertunjukan binatang pula 2 kali sehari iaitu pukul 11.00am dan pukul 3.00pm. Dianggarkan lebih 5000 jumlah binatang disini dari 459 spesies mamalia, burung, reptilia, amfibia dan ikan.

satuHarga tiket masuk Zoo Negara

duaJadual persembahan binatang

tigaSaya  bersama rombongan ke Zoo

empatSeronoknya bergambar dalam Van Zoo tu

limaPersembahan singa laut menimbang bola

enamBiawak air sedang berehat

tujuhGajah tengah melihat orang ramai

lapanOrang hutan buat aksi

sembilanKura kura paling besar didunia

sepuluhRusa berjalan relax..


Percutian Keluarga di Pulau Langkawi

7 Disember 2012

Baru baru ini, Alhamdulillah saya berkesempatan bersama keluarga isteri melancong ke Pulau Langkawi, Pulau Lagenda yang terkenal di Negeri Kedah.  Rombongan seramai 17 orang iaitu 12 orang dewasa dan 5 orang kanak kanak. Percutian 4 hari 3 malam iaitu dari 02-12-2012 hingga 05-12-2012 itu,  benar benar memberi keseronokan terutamanya budak-budak 5 orang itu.

Apa tidaknya, sepanjang masa percutian itu padat dengan aktiviti yang sudahpun dirancangkan. Hampir kesemua tempat-tempat menarik di pulau langkawi kami lawati.  Bermula dari hari pertama sampai balik, ada saja tempat yang dituju…

Antara tempat pilihan kami seperti Makam Mahsuri,  Beras terbakar,  Kereta Cable, Taman buaya,  Pantai Cenang, Dataran Lang dan pulau-pulau seperti Beras basah dan Pulau Dayang Bunting.  Pilihan untuk membeli belah pula ialah di Pekan Kuah iaitu Idaman Suri dan  haji ismail Group.

Percutian ini bukan saja mengeratkan lagi hubungan siraturrahim malah merehatkan diri dari beban kerja seharian. Hilang seketika tekanan ditempat kerja dek keseronokan.  Dibawah merupakan sebahagian daripada gambar-gambar kenangan  kami.

SONY DSCtiba di jeti Pulau Langkawi, dari Jeti Kuala Perlis

SONY DSCdalam Van Kia Pregio yang disewa

SONY DSCSemuanya gembira dan teruja

SONY DSCBergambar di Makam Mahsuri

SONY DSCMasih bergambar di Makam Mahsuri

SONY DSCDi beras terbakar

SONY DSCBergambar di Beras Terbakar

SONY DSCDepan Cable Car Langkawi

SONY DSCBergambar dipuncak Cable Car

SONY DSCBergambar di taman Buaya

SONY DSCDi jeti nak ke Pulau-pulau

SONY DSCAtas Boat, perjalanan ke Pulau Beras basah

SONY DSCPulau Beras Basah

SONY DSCSelamat datang ke Pulau dayang Bunting

SONY DSCdah bersedia untuk mandi di tasik dayang bunting

SONY DSCnyamannya mandi kat sini

SONY DSCBergambar di Pantai Cenang

SONY DSCmemilih coklat di pasaraya Haji Ismail Group

SONY DSCtak tahu mana satu yang nak dipilih

SONY DSCgambar kenangan di Dataran Lang

SONY DSCdatang tangan kosong, balik tak cukup tangan…


Mencari Lokan Di Tasik Kota Kemuning

20 November 2012

Selalunya jarang ada masa berkumpul bersama saudara mara dan rakan-rakan disebabkan oleh kesibukan kerja masing-masing. Pada Ahad 18/11/2012,  kebetulan ada free, dan kesempatan itu digunakan untuk mencari Lokan di sebuah tasik di Kota Kemuning Shah Alam.

Sebenarnya kami ke sana pun tidak dirancang, tetiba je datang idea sehari sebelum itu  dan pergi ke tasik berkenaan  keesokan harinya. Hasil tangkapan Lokan memang banyak, dalam masa 2 jam saja, penuh sebaldi tong sampah berwarna hitam.  Ikan dapatlah dalam lima atau enam ekor begitu.

satu

Baru je masuk tasik, dah dapat segenggam Lokan..

dua

Tasik sedalam pinggang..

tiga

Kawan sorang ni suka cari Lokan kat tepi tasik je…

4

Antara yang turut serta…

5

Sempat berkelah lagi di tepi tasik

6

memanggang Sosej…

Untuk informasi, Tasik Kota Kemuning ini  berdekatan dengan seksyen 33 Shah Alam. Dan tidak jauh dengan  sungai kelang.  Memang banyak Lokan di tasik ini. Kaki pancing juga selalu kelihatan memancing disini.


Singgah jalan -jalan di Taman Kinabalu, Kundasang

26 Ogos 2012

Kalau ke daerah Ranau, tidak sah kunjungan anda kalau tidak melawat taman-taman kinabalu seperti Kolam Air Panas Poring, Taman Rama-rama, Taman Orkid, Taman Rafflesia, Jambatan Kanopi, Taman Neperthens, Taman Mesilau,  Memorial Perang Kundasang,  Sabah Tea, Fish Massage di Kg. Luanti dan banyak lagi.

Untuk post kali ini adalah sekitar Taman Kinabalu di Kundasang Ranau. Taman Kinabalu ini berkeluasan sekitar 754 km persegi.  Keunikan taman ini amat menyerlah dengan kepelbagaian Flora dan Fauna disekelilingnya.  sebab itulah, pada tahun 2000 Taman Kinabalu ini di istiharkan sebagai khazanah dunia yang pertama di Malaysia oleh UNESCO.

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

11

12

13

14

15

 


Hari Keluarga di Kalumpang Resort

15 April 2012

Pada tanggal 14-04-2012 bersamaan dengan hari sabtu, saya  telah berpeluang menyertai program family day anjuran keluarga Silver Bird di Kalumpang Resort & Training Centre, Tanjung Malim Perak.  Program ini adalah yang ke 2 pada tahun 2012 setelah Berjaya menawan puncak Broga pada  February lepas. Seramai 25 orang yang menyertai  program familyday ini yang terdiri daripada kanak-kanak dan dewasa.

Segala yang dirancang berjalan lancar walaupun cuaca agak redup sedari  pagi. Sungai pula sedikit keruh dan deras selepas hujan sebelum itu. Namun semua itu diatasi dengan keseronokan apabila bermulanya acara Makan dan sukaneka seperti acara Relay, isi air dalam botol, bungkus kawan gunasuratkhabar dan sebagainya.

Menu yang dipilih berdasarkan pada potluck, iaitu sesiapa yang menyertai di galakkan membawa makanan sendiri.  Pelbagai menu yang dibawa  seperti Ayam, Nasi goreng, Sosej, Daging Burger, Kambing, salad, Mee Goreng, Buah buahan, jagung, sayur campur, air berperisa, Sandwich Roti  dan lain lain.  Akibatnya banyak lebihan makanan yang terpaksa di bawa balik semula.

Selesai saja sukaneka, kelihatan rakan-rakan yang dah berpeluh, sudah tidak sabar sabar lagi untuk mandi. Jelas kegembiraan di wajah masing masing, walaupun ketika itu air sungai masih lagi deras dan keruh. Acara mandi manda terpaksa dihentikan lebih kurang pukul 1.30 petang kerana hujan mulai turun, sedikit lebat berbanding pagi. Dan kerana hujan inilah juga yang menamatkan program pada hari ini.

Amtara kemudahan yang disediakan di kalumpang Resort & Training Centre seperti berikut:

  1. Chalet biasa
  2. Chalet resort
  3. Asrama
  4. Dewan dan PA System
  5. Kmemah dan tapak khemah
  6. Set karaoke
  7. BBQ set
  8. Pakej BBD
  9. Pakej Makanan
  10. Sukaneka
  11. Sewa Padang
  12. Sewa Pondok
  13. Aktiviti ( Jungle trekking, Night walk, Treasure Hunt)
  14. Piknik dan sebagainya…

Antara yang turut serta

seronoknya….

Bersedia untuk sukaneka

pasangan bahagia

bilalah nak pecah belon ni..

yeh… menang…

membalut mumia

Orang ke hantu ni?

wah… seronok sangatlah tu


Malang tidak berbau, Jatuh Motorsikal disebabkan kecuaian orang lain…

12 April 2012

Pagi itu cuaca sangat baik,, tiada hujan mahupun angin yang agak kencang, sebagaimana sebelum-sebelumnya.  Kenderaan dijalan raya yang saya lalui juga  tidak  banyak.  Mungkin kerana masih awal dalam pukul 7.30am begitu… Sebab itulah kenderaan semuanya laju-laju,  Kalau diikutkan, kenderaan mana boleh laju, sebab jalan ini merupakan kawasan perkilangan di Seksyen 23, Shah Alam.

Seperti biasa saya membonceng motorsikal di lorong kiri jalan. Lepas  saja Jambatan dan berhadapan dengan kilang  Kanzen Tetsu Group dari arah Sri Muda, Tiba-tiba sebuah kereta Nissan Sunnny 130Y menghimpit ke kiri saya.  Pemandunya berbuat begitu sebab mengelak jalan yang tidak rata.  Tapi dia tidak melihat dahulu ada motorsikal atau tiada dikawasan itu.  Terus masuk melulu sahaja.

Akibatnya Keadaan  tidak terkawal lagi lalu  Motorsikal saya melanggar Divider.  Sejurus itu, saya jatuh dan terpelanting ke tepi. Nasib baiklah tiada kereta lalu ketika itu, kalau ada nahaslah saya.  Saya ditolong oleh seorang pembonceng motorsikal yang mengekori saya ketika itu.

Keadaan Motorsikal Rim depan  bengkok, handle bengkok, break tangan depan bengkok, cermin lampu besar pecah dan cover depan pun pecah.  Motorsikal pula tidak boleh di start sebab Jem dibahagian minyak.  Tak pasal pasal kena RM400 lebih untuk membaikinya.

Kereta tu pula terus jalan. Dan saya  tidak sempat mencatitkan nombornya. Nampak orangnya macam India je… Inilah langgar lari namanya.  Nasib baiklah kecederaan saya  tidak teruk mana  Hanya cedera di bahagian kaki dan tangan kanan.  Di kaki kanan  kasut dan seluar saya koyak. Ditangan kanan pula lengan baju koyak, serta bercalar disekitar tangan.

Akhirnya saya meminta rawatan di sebuah klinik panel. Dapat MC 2 hari saja.  Sepatutnya perkara seperti ini tidak berlaku kalau semua orang bertimbang rasa dan berhati-hati.  Ingatlah, jalan raya adalah milik semua.  Jangan kerana kecuaian orang lain, orang lain pula yang menanggungnya.

1

Inilah jalan tempat saya kemalangan. Nampak tak jalan tidak rata di tengah jalan itu?

2

Kereta Nissan Sunny 130Y mengelak lubang ini, tapi pemandunya tidak tengok dulu ada atau tiada kenderaan lain, lalu kereta itu menghimpit Motorsikal saya secara mengejut ke tepi sebelah kiri jalan.

3

Akibatnya saya terlanggar divider ini dan jatuh di sini jugak.

4

Serpihan warna merah adalah Cover depan motorsikal saya yang pecah

5

Kemalangan ini betul-betul berlaku di depan Kilang Kanzen Tetsu Group. Selepas jambatan dari arah Taman Sri Muda, Seksyen 25

6Keadaan motorsikal selepas kemalangan berlaku,  cover depan pecah, lampu besar pecah, handle bengkok dan lain-lain

7Gambar dari dekat handle dan lampu yang pecah itu

8Gambar Cover depan yang pecah. Rim pun bengkok sebenarnya

9

Seluar yang koyak

10

Tali kasut juga terputus

11

Belakang tapak tangan kanan yang bercalar

12

Jari kelingking tapak tangan kanan sudah di balut

13Tangan kanan juga sudah berbalut, kat tangan ini besar juga calarnya


Memancing di Jeti Nelayan Telok Gong

12 Februari 2012

Saya percaya, aktiviti memancing merupakan hobi yang diminati ramai, terutamanya lelaki. Lihat sajalah disungai-sungai, parit-parit, kolam-kolam pancing atau lombong, tidak lekang dengan kaki-kaki pancing ini,  terutamanya di kawasan ramai penduduk di pinggir ibukota.

Kebiasaanya aktiviti memancing ini di lakukan pada hujung minggu atau hari kelepasan Am.  Pantang ada peluang kaki-kaki pancing ini akan turun bersama rakan, mahupun bersama sanak saudara.  Sebenarnya mereka ini bukannya mengharapkan sangat hasil pancingan, tapi lebih kepada riadah. Tekanan di tempat kerja akan dilepaskan melalui aktiviti ini. Topik lain juga boleh dibahankan ketika itu.

Pada perayaan Thaipusam lepas (07-02-12), saya bersama 4 rakan yang lain ke Jeti Nelayan Di Telok Gong untuk memancing. Aktiviti seperti ini sudah banyak saya sertai.  Kali ini kami mula memancing dari pukul 10.00am sehinggalah pukul 2.00pm.  Tapi hanya 7 ekor anak ikan kerapu yang kami dapat. Itulah yang dinamakan rezeki, kadang dapat banyak , kadang dapat sikit.  Tapi kepuasan memancing itu yang penting bagi kami.

Sepanjang masa memancing, sebenarnya air laut sedang proses surut, menyebabkan air mengalir dengan laju. Situasi ini menyebabkan  mata kail selalu tersangkut dan akhirnya putus.  Selain memancing di jeti yang di sediakan,  Di Telok Gong juga ada menyediakan kemudahan Kelong yang boleh disewa serendah RM 30 seorang selama 24 jam.  Keadaan kelong ini biasa-biasa saja, tapi di dalamnya terdapat kelengkapan seperti tandas, tv, barang-barang BBQ, Dapur, periuk, kuali, belanga, sudip, sudu, garfu, pisau, tilam, bantal, ubat nyamuk, cerek, minyak, gula, garam, teh, kopi, dan air bersih yang saya rasakan sangat-sangat berbaloi.

Pengangkutan ke kelong  menggunakan Boat pengusaha kelong itu sendiri. Dan kita boleh menghubungi mereka bila bila masa sahaja.

Kepada mereka yang kaki pancing, di bawah ini antara  tempat-tempat memancing di Selangor  yang sering dikunjungi ramai:-

–          Pelabuhan Klang ( pintu gedung & laluan kapal)

–          Pelabuhan Klang ( jetty StarCruice,  tanjung gila dan pulau ketam)

–          Pulau indah (LagunaPark, Jetty nelayan Telok Gong)

Orang pertama dapat lesen….


XPDC Menawan Puncak Broga

5 Februari 2012

Bergambar di kaki Bukit Broga

Pada Sabtu (04-02-2012) lepas, tercatit sejarah tersendiri  bagi beberapa orang staff Silver Bird kerana Berjaya menawan Bukit Broga, di Semenyih Selangor.  XPDC yang disertai oleh Ida, Zah, Kamal, Lela, Jeffrey, Muiz serta seorang lagi kawan muiz itu, bertolak dari Silver Bird pada pukul 4.00am melalui Puchong-Kajang-Semenyih, dan sampai di kaki bukit Broga sejam kemudian.

Pendakian yang mencabar ( pukul 5.20am)

Pendakian sejauh 1.7 KM itu sekali sekala mencabar dengan keadaan cerun yang curam, namun berkat usaha yang gigih, tepat pukul 6.30am puncak Broga Berjaya juga di tawan. Terpancar keriangan dan kepuasan  di wajah masing-masing. Sementara menunggu sang mentari muncul, banyak gambar dirakam untuk kenangan.

Berehat seketika

Sebenarnya ramai  lagi pendaki lain yang lebih awal mendaki,  dan terus bertambah menjelang pukul 7.00am. Dipuncak Broga, pendaki-pendaki berpecah kepada beberapa kumpulan  memenuhi segenap ruang lapang, dan dianggarkan sehingga 150 orang pendaki yang menyaksikan keindahan alam serta kemunculan matahari pagi itu.  Sungguh menakjubkan ciptaan Tuhan.  Rata-rata pendaki sangat teruja. Kedengaran di sana sini teriakan riang gembira.  Sekitar kawasan Semenyih pula sangat cantik di pandang dari atas bukit.

Dipuncak Broga

Pendaki-pendaki mula menuruni bukit setelah Matahari jelas kelihatan.  Sekali lagi cabaran bermula, bezanya kurang sedikit berbanding sewaktu mendaki.  Perjalanan menuruni bukit juga dirasakan agak cepat. Dikaki bukit juga sudah ada peniaga yang menjual makanan.  Perjalanan kami diteruskan ke Taman Warisan Pertanian di Putrajaya untuk menjamu selera,  seterusnya kembali semula ke Silver Bird untuk bersurai.

Bersama pendaki lain 

Sesungguhnya pengalaman XPDC seumpama ini amat manis untuk di kenang….

Terpancar wajah keriangan

Yahoo…

Sedikit Info tentang bukit Broga bagi mereka yang minat cabaran.

–          Terletak di Semenyih, Negeri Selangor

–          Lebih kurang sejam perjalanan dari shah Alam melalui Puchong-Kajang-Semenyih.

–          Cuma dikenakan bayaran Parking RM 2 sekali masuk

–          Sejauh 1.7 KM hingga ke Puncak,  anggaran perjalanan ke puncak dari 30 hingga 1 jam ke atas ( ikut stamina anda)

–          Tidak ada tandas dan menjual makanan di atas ( sebelum mendaki buang apa yg patut dan bawa apa yang patut dahulu)

–          Di tempat yang curam ada di sediakan tali untuk menyenangkan pendakian

–          Pendaki yang mendaki sebelum subuh dikehendaki membawa lampu suluh dan kasut bertapak kasar agar perjalanan lebih mudah.


Cara menyemak IP Komputer

14 Ogos 2011

Sebelum itu apa dia Alamat IP Komputer ini.   IP Komputer atau  internet protokol Address merupakan  satu nombor unik yang terdapat di setiap komputer yang bersambung ke internet.  IP komputer ni lebih kurang macam alamat rumahlah gitu, cumanya IP ni hanya di komputer sahaja… Contoh nombor IP Komputer seperti berikut ‘10.1.1.2’, nombor ini di selang dengan  titik di antaranya.

 

Tentu masih ramai di antara kita yang tak tahu macam mana nak check IP komputer sendiri kan?  ada 2 cara untuk melihatnya:

Cara 1 : Klik kanan pada icon Network

 

– Klik butang ‘start’

– Pilih ‘setting’  dan klik ‘network connection’

– Klik kanan pada icon network yang aktif dan pilih ‘status’

– Pilih tab ‘support’

– Bolehlah lihat apa IP untuk komputer anda

 

Cara 2:  dengan menggunakan Command

 

– Start

– Run – Taip cmd atau  command

– Taip ipconfig/all – Untuk melihat semua maklumat

– Taip ipconfig/renew –  perbaharui IP anda yang menggunakan dhcp

– Taip ipconfig/? – untuk melihat tentang semua command tentang ipconfig

 

Penting ke kita nak lihat IP Komputer ini? ya memang amat penting  bagi mereka yang ingin sharing data dan printer, tanpa IP, komputer tidak dapat berhubung antara satu sama lain.  Kita boleh bayangkan kalau tiada alamat rumah seseorang yang ingin dituju, dan kita pula tidak tahu rumahnya. susahkan… itulah pentingnya IP komputer ini.

 

diharap maklumat ringkas ini berfaedah….

 


TIPS MEMINIMUMKAN KOMPUTER HANG

31 Januari 2011

Anda mungkin pernah mengalami pengalaman Komputer Hang.  Pengalaman Komputer Hang ini boleh menganggu pekerjaan atau tugasan anda.  Seterusnya dianggap tidak efektif dalam tugasan. Komputer Hang  sewaktu sedang bekerja ini terjadi apabila komputer tidak seimbang dengan Perfomannya.

Komputer hang ini boleh diminimumkan.  Caranya dengan menjadikan komputer anda  seefecien yang boleh.  Dibawah ini saya sediakan beberapa tips untuk meminimumkan komputer daripada Hang.

 

  1. Selalu lakukan Scan Antivirus. Ini disebabkan, salah satu penyebab Komputer Hang  adalah dengan adanya Virus yang aktif.
  2. Pastikan tidak banyak program yang aktif.  Cara untuk mengetahui berapa banyak program aktif ini dengan melihat  Icon yang ada disudut kanan bawah Desktop anda.  Tutupkan program yang tidak diperlukan.
  3. Hapuskan terus program yang tidak digunakan.  Contohnya aplikasi yang kurang bermanfaat,  Uninstallkan atau remove pada Control Panel-Add or remove Program.
  4. Lakukan defragment pada haddsik C, caranya dengan  Klik Kanan pada Haddisk C, Kemudian Pilih Properties.  Apabila muncul paparannya,  pilih tab tools seterusnya pilih defragment now.  Kemudian lakukan defragment, sekurang-kurangnya sebulan sekali.

 

Jika anda mengikuti tips-tips di atas, ianya sedikit sebanyak meminimumkan komputer hang, Semoga tips ini bermanfaat…

 

 


Cara-cara Menjaga Printer

24 Disember 2010

Tidak sempurna Komputer kalau tidak ada printer. Sebab lazimnya ada saja yang kita hendak print dari Komputer tersebut. Tapi jangan hanya tahu memprint saja, penjagaan printer kita kena tahu juga.  Berikut merupakan beberapa tip menjaga printer.

 

  1. Bersihkan printer:- Untuk memanjangkan hayat printer, rajin-rajinlah membersihkannya. Dan pastikan semasa membersihkan, Suis hendaklah di’OFF kan.
  2. Jangan rehatkan printer terlalu lama:-  Paling lama pun, printer hendaklah digunakan seminggu sekali, dan semua warna hitam putih/warna hendaklah digunakan. Ini bertujuan supaya ink tidak mengering di Head Printer.
  3. Catridge jangan kosong:- Apabila catridge  semakin kurang, isikanlah dengan segera. Kalau dah kosong nanti, catridge tersebut tidak boleh digunakan.
  4. Jangan sentuh PIN CMOS:- jangan sekali kali menyentuh pin CMOS sebab benda tu mudah rosak. Jika diperhatikan CMOS tersebut ada tanda pangkah yang bererti jangan di sentuh.
  5. OFFkan printer mengikut aturannya:- Maksudnya tutuplah printer dengar menekan butang tutup. Jangan terus menutup printer dengan meng’OFF’kan  plug.  Kalau selalu buat macam tu, alamatnya cepatlah hayat printer tu.
  6. Jangan diamalkan mencetak gambar pekat:-  maksudnya kurangkan mencetak gambar pekat seperti kotak hitam yang besar dan sebagainya.  Ini akan membebani kerja head printer seterusnya memendekkan hayatnya.
  7. Jangan mencetak dengan kertas yang rosak:- kerana kertas-kertas itu mudah tersangkut yang menyebabkan kertas jem. Cetaklah dengan menggunakan kertas Bersih.

 

Semoga tips ringkas  penjagaan printer ini memberi manfaat.

 


CARA MELETAKKAN PASSWORD PADA FOLDER DI KOMPUTER

20 Disember 2010

Mungkin kita menggunakan komputer yang sama untuk ramai pengguna. Tidak kiralah dirumah atau dipejabat, situasi sebegini adalah perkara biasa. Dan sudah tentunya ada data-data di Folder yang kita simpan itu  tidak mahu dilihat oleh orang lain.

Kita sebenarnya boleh mengatasi masalah ini dengan meletakkan password pada Folder tersebut.  Tips yang saya berikan ini hanya untuk komputer yang operasi systemnya adalah Windows XP.  Caranya adalah seperti berikut:-

  1. Klik kanan pada folder yang kita hendak letakkan password.
  2. Kemudian pilih “properties”
  3. Klik pada bahagian kolum “sharing”
  4. Dibahagian bawah, anda menemui, ”make this folder private”. Klik pada bahagian itu seterusnya klik “Apply”

Selepas mengklik  apply tadi,  akan muncul permintaan untuk membuat password,  Klik “yes”,  dan anda bolehlah meletakkan password.. Setelah selesai, Klik “ok”  pada kotak “properties”. Perlu diingatkan selepas meletakkan password, komputer akan sentiasa meminta log in untuk masuk ke komputer.


Cara Browsing lebih Cepat di Mozilla Firefox

8 Disember 2010

Apabila kita membuka sebarang Laman Web atau Blog,  kebanyakkan laman tersebut mempunyai Grafik, teks, gambar, video, animation, suara, flash image dan sebagainya. Tujuannya supaya Laman  kelihatan cantik di samping menarik perhatian pengunjung mereka. Sayangnya  hal ini menyebabkan  proses loading menjadi lebih lama. Sedangkan ada kalanya kita hendak membaca teksnya sahaja. Contohnya apabila hendak membuka laman-laman berita, kita tentunya lebih pentingkan teksnya sahaja.

 

 

Dibawah ini ,  saya tunjukkan bagaimana cara men’setting’kan browser Mozilla Firefox agar apabila kita membuka sebarang laman, cuma teksnya sahaja yang keluar.  Dengan paparan teks sahaja, tentunya browsing kita menjadi lebih cepat. Dan bagi yang menggunakan internet pakej Kuota, tips ini sebenarnya menjimatkan pemakaian internet anda.

Ini adalah caranya:-
1. Buka Browser Mozilla Firefox
2. Di bahagian TOOLBAR, Pilih TOOLS, Seterusnya klik OPTIONS.
3. Pilih tab CONTENT,  lepas tu pilih ” LOAD IMAGES AUTOMATICALLY”. Klik OK
4. Tutup Browser dan buka semula supaya setting tadi dapat di aktifkan.
Itu saja, amat senang… anda boleh cuba serta merta…

 


Cara memanjangkan Hayat bateri Laptop

9 November 2010

Sebagaimana yang di ketahui, Bateri laptop akhirnya akan rosak juga, tapi tahan berapa lama tu bergantung kepada cara penggunaan kita juga.  Di bawah ini saya berikan beberapa tips untuk memanjangkan hayat bateri.

-Jangan gunakan sampai habis sama sekali

Menghabiskan bateri laptop sampai tak tersisa sebenarnya akan melemahkan bateri tersebut. Kalau sekali sekala tak apa  lagi, tapi jangan jadikan sebagai kebiasaan.

-Pastikan bateri sentiasa Sejuk

Semasa menggunakan laptop pastikan bateri laptop sentiasa dalam keadaan sejuk. Carilah ruang yang aliran udaranya sentiasa bergerak, sama ada menggunakan kipas atau sebagainya. Sekiranya meletakkan laptop di atas bantal, pastikan ada ruang udara di situ.

-Cabut bateri sekiranya di tinggalkan lama

Sebagai contohnya anda pergi bekerja di luar daerah dan meninggalkan laptop lebih seminggu, seeloknya cabutlah baterinya untuk mengelakkan casnya berjalan terus.

-Kurangkan penggunaan bateri

Dengan cara mematikan perkakasan yang tidak diperlukan,  contoh Wi-fi atau bluetooth. Hindarkan juga dari melakukan banyak perkerjaan serentak seperti membuka aplikasi Office, sambil tu main pula games Online atau mendengar lagu.

Moga tips ringkas ini boleh membantu…….


Berkelah di sungai Ulu Yam , Selangor

18 Oktober 2010

Lama rasanya tidak pergi berkelah di mana-mana. Kali terakhir kami pergi pada 17-10-2009 di sungai camang bentong, Pahang, maknanya hari ini 17-10-2010, kami pergi berkelah di Ulu Yam Selangor, seolah-olah ulang tahun pula. Cuma tempatnya berbeza, orang yang ikut juga berlainan.

Sebenarnya rancangan ini telah di buat seminggu lebih awal. Juhadi telah mencadangkan untuk berkelah di Ulu Yam, dan saya setuju tempat itu. Lagipun sungai Ulu Yam sajalah tempat perkelahan yang terdekat dengan kediaman saya di Seksyen 25, Shah Alam iaitu kira-kira 50 minit perjalanan melalui Lebuh Raya Damansara Puchong.

Menyediakan ayam yang hendak di bakar

Mencari Idea bagaimana  nak hidupkan Api

Sebagimana yang dirancangkan, pada pukul 10.00am kami bertolak dari Shah Alam dengan menaiki sebuah Van yang memuatkan seramai 10 orang iaitu 7 orang dewasa dan 3 orang kanak-kanak. Saya bersama isteri dan adik ipar, Juhadi pula dengan isteri dan anak dan Jiran Juhadi suami isteri serta 2 orang anak.

Antara menu yang di bawa oleh juhadi ialah ayam perap, minuman tin dan makanan ringan, saya pula membawa bebola ayam, Maggie, Sosej dan peket minuman 3 dalam 1. Perjalanan Ke Ulu Yam agak lancar kerana kenderaan tidak banyak. Cuma di tempat perkelahan orang dah ramai menyebabkan susah mendapatkan parking dekat.

Sampai saja di Ulu Yam, kami terus menyalakan api dan mula memanggang barangan barbeque. Sambil mandi manda berdekatan tempat yang dipilih. Kelihatan semua rombongan begitu puas dan seronok. Air sungai juga begitu nyaman dan sejuk. Sesekali kedengaran kicauan burung-burung hutan .

Tukang bakar Ayam

Sedap Ayam ni…

Dalam keghairahan mandi-manda, tidak disedari jam sudahpun melewati pukul 5.00pm. Ketika itu barangan barbeque yang sudah di masak banyak lagi yang tidak habis di makan. Agaknya sudah kekenyangan semua. Namun terpaksa berkemas juga untuk balik memandangkan hari semakin lewat.

Sejuk dan Nyaman air ni

Ramainya orang mandi-manda

Tidak di sangka, ketika berkemas hujan turun dengan lebatnya. Kami terpaksa berteduh seketika di sebuah pondok berdekatan sementara hujan belum reda. Barang Barbeque yang tidak habis tadi terpaksa dibuang kerana dimasuki air hujan. Setengah jam kemudian, kami terpaksa balik juga memandangkan belum ada tanda-tanda hujan nak reda. Perjalanan balik ke shah alam agak perlahan disebabkan hujan dan jalan yang agak licin. Kami sampai di Shah Alam lebih kurang pukul 6.40pm.


Hari Jadi Ke 5 Adik Jamilah

7 Oktober 2010

Pada 03-10-2010 bersamaan dengan hari ahad lalu, genaplah umur 5 tahun anak jiran saya di Taman Sri Muda, Shah Alam. Namanya Jamilah, kali pertama menyambut Hari jadinya sejak lahir. Kek yang di pilih berwarna pink keputih putihan. Kelihatan wajahnya sungguh ceria ketika itu. Kanak kanak yang lain juga begitu girang.Kek Hari Jadi Jamilah yang ke 5 Tahun

Dah pandai bergaya

Meniup Kek Hari Jadi

Antara tetamu yang hadir

 

Majlis hari jadi yang diadakan itu dimulai dengan bacaan doa selamat oleh ibunya sendiri. Tetamu yang dijemput turut sama mengaminkan doa. Majlis yang bermula selepas sholat magrib itu tamat sejam kemudiannya.


Menghilangkan NAMA pada Icon

7 Oktober 2010

Pernahkah anda cuba menghilangkan nama pada Ikon di Komputer? Tidak kiralah Ikon tersebut terletak di Desktop, My document atau di mana-mana, pastinya tidak boleh dihilangkan begitu saja. Ada caranya:-

  1. Klik kanan pada ikon tersebut
  2. Pilih Rename
  3. Tekan butang ALT dan taipkan nombor 255
  4. Tekan Enter.

Nama ikon tersebut akan hilang……


Settingkan semula Modem (yang besar) P1 Wimax

3 Oktober 2010

Adakah anda pelanggan P1 Wimax? Dah banyak kita dengar tentang masalah P1 Wimax ini. Kebanyakkannya mengenai perkhidmatannya yang lambat. Tapi sebenarnya masalah lambat ini boleh di atasi dengan memeriksa dahulu liputan di tempat anda sebelum membeli sebarang pakej. Atau dengan melihat lampunya saja pun kita dah tahu liputan di tempat kita. Liputan penuh bermakna Lampu berwarna hijau akan menyala di Modem, Kuning liputan sederhana dan merah untuk liputan rendah.

Saya sendiri telah melanggan P1 wimax ini sejak February 2009. Dan telah memilih pakej Home Lite yang berharga RM49 sebulan. Untuk Pakej ini kadar muat turun maksima bulanan dihadkan kepada 5GB. Sekiranya muat turun bulanan telah mencapai had maksima, kelajuan keseluruhannya akan di kurangkan. Itu yang lambat tu…setakat ini saya berpuas hati dengan perkhidmatan P1 Wimax, malah rasa beruntung pula sebab saya menyambungkan lebih dari 1 komputer.

Cuma dalam tempoh sebulan ini saja P1 ada masalah LOGIN dengan semua web yang memerlukan LOGIN seperti Facebook, hotmail, Yahoo dan lain-lain. Yang tak memerlukan LOGIN seperti Google, Youtube, website, blog dan lain-lain tiada masalah. Selepas saya mengadu mengenai masalah ini, P1 menyuruh saya membawa Modem ke bahagian teknikal di Jalan Temple, Petaling jaya untuk di settingkan semula.

Bila ditanya kenapa setting modem berubah, ini disebabkan oleh aliran arus electrik dari plug TNB yang tidak sekata. Jadi mereka syorkan supaya membeli Plug “protector’ yang dapat mengawal arus elektrik. Plug ini senang di beli di Kedai komputer. Alhamdulillah, selepas di buat setting baru, tiada lagi masalah saya dengan P1 Wimax.

Berikut antara tanda-tanda setting modem yang dah ‘lari’

  • Sukar memasuki laman ber’LOGIN’ seperti facebook, Hotmail dan Yahoo. Kalaupun dapat masuk seperti Facebook, kita tidak dapat meng’updatekan sebarang kerja. Di ruangan komen juga tidak boleh menghantar.
  • Banyak mesej yang keluar seperti Error code, connection Not Encrypted dll.

Jeffrey: Artikel diatas merupakan pengalaman saya menggunakan P1 wimax, mungkin anda mempunyai pengalaman yang berbeza?


Hilangkan Menu Games dari Start Menu

25 September 2010

Windows Xp atau Windows Vista selalunya sudah tersedia menu games. Didalam menu games tersebut seperti Freecell, Hearts, Pinball, Solitairi dan sebagainya. Ianya tersedia sewaktu menginstall windows baru.

Walaupun gamesnya ringkas saja, namun sudah cukup meringankan tekanan kerja di pejabat. Yalah… adakalanya kita merasa bosan, jadi selalunya akan dihilangkan dengan bermain game di waktu rehat.

Namun adakalanya, ada syarikat yang memfokuskan hanya untuk business sahaja. Mereka tidak membenarkan sebarang perisian dalam komputer melainkan berkaitan dengan business, termasuklah Games sendiri.
Jadi sebagai pemilik business, sudah tentunya tuan punya syarikat tidak mahu staffnya bermain games.

Jadi menu games yang sudah tersedia tadi bila-bila saja mereka boleh membuagnya dari start Menu. Berikut adalah langkah-langkah untuk membuang menu games tersebut..

Pada mode Windows Vista Start Menu:

1. Klik kanan pada kawasan kosong Taskbar Windows, kemudian klik Properties.
2. Setelah window Taskbar dan Start Menu Properties muncul, pilih tab Start Menu.
3. Klik Customize di sebelah kanan button Start Menu.
4. Pada kotak dialog Customize Start Menu, cari bahagian Games. Kemudian klik don’t display this item.
5. Klik OK.

Pada mode Classic Start Menu:

1. Klik Start Menu.
2. Klik Programs.
3. Cari menu Games, klik kanan dan pilih Delete.
4. Sahkan pilihan anda


Ketupat Pulut Daun Kelapa

3 September 2010

Ketupat lazimnya sinonim dengan Perayaan  Hari Raya Haji atau Hari Raya Puasa. Tidak kiralah ketupat beras atau pulut, ianya menjadi hidangan yang popular terutamanya di kampung-kampung.  Anyaman ketupat pula banyak jenis seperti Ketupat bawang, jantung, antarabangsa, biasa dan sebagainya. Ketupat daripada daun palas juga tidak kurang popularnya.

Ketupat selalunya di makan bersama rendang Ayam atau daging,  dan boleh juga di makan bersama sate.  Ketupat sekarang lebih senang di sediakan dengan adanya peket2 yang sudah  dibungkus di pasaraya.  Kita cuma beli bungkusan tersebut dan terus rebus sahaja. Sungguh  senang dan mudah sekali.

Namun generasi muda mudi hari ini kurang arif menyediakan  ketupat secara tradisional. Dibawah ini saya  sertakan bahan-bahan dan cara penyediaan ketupat tradisional cara Sabah.

Resepi Buat Ketupat Pulut

Bahan Bahan:-

1. Kelongsong Ketupat dari daun Kelapa
2. Beras pulut ( kalau nak lemak lagi beli pulut susu)
3. Santan Kelapa
4. Garam secukupnya
5. Daun Pandan di simpulkan

Penyediaannya:

1. Bersihkan beras pulut kemudian masukkan ke dalam kelongsong ketupat Kelapa. Sukatannya ialah ¼ daripada saiz ketupat tadi. Selepas tu rendam seketika dalam air supaya pulut lembut sedikit.
2. Panaskan Santan, daun pandan dan garam sehingga mendidih.
3. Masukkan ketupat yang di rendam tadi, ( Anggaran setiap 1kg beras pulut di masak dengan ½ kg santan pekat). Sukatan air santan hendaklah menutupi keseluruhan ketupat. Kacau sekali sekala….
4. Biarkan sehingga santan kering, tapi sebelum tu check dulu ketupat tadi, dah masak ke belum, kalau tidak boleh ditambahkan air. Angkat ketupat dari periuk dan gantungkan.
5. Bila dah cukup sejuk barulah dipotong 2 atau 4 ketupat tadi, dan bolehlah dihidangkan bersama rendang atau serunding.

**Ketupat pulut ini lebih sedap kalau dimasak menggunakan Arang**


Menaip tanpa Keyboard

23 Ogos 2010

Bagaimana cara kita menaip tanpa menggunakan keyboard? Mungkin kita terfikir seketika, nak taip dengan apa? sebenarnya kita masih boleh menaip menggunakan ‘Keyboard di Skrin Komputer’ tanpa menggunakan keyboard sebenar.

Kita menggunakan kemudahan ini sekiranya terdapat kerosakan pada butang keyboard, atau saja menggunakannya kerana malas menggunakan keyboard sebenar. Cara menggunakannya, klik pada page yang hendak di taip, kemudian klik huruf di keyboard dengan mouse anda.

Cara mendapatkan kemudahan ini:-

1. Klik butang ‘start’
2. Pilih ‘Program’
3. Pilih ‘Accessories’
4. Pilih ‘Acessibility’
5. Klik ‘On-Screen Keyboard’

Selepas mengklik ‘On-Screen Keyboard; dengan serta merta akan terpaparlah Keyboard di Skrin computer anda. Selamat mencuba tips ini……


Baca Al-Quran secara Online

21 Ogos 2010

Hari ini 21/08, adalah hari ke 11 Ramadhan. Maknanya dah hampir 2 minggu umat islam seluruh dunia menunaikan ibadat puasa. Sebahagian daripada kita merasa gembira kerana 2 minggu lagi Syawal akan menjelma. Tapi tidak kurang juga yang merasa sedih sebab masa untuk mendapat ganjaran beribadat di bulan yang mulia ini sudah semakin singkat.

Diantara cara untuk menambahkan ibadat ialah dengan memperbanyakkan bacaan Al-Quran. Tidak kiralah dengan cara membaca sendiri, melalui CD atau computer. Kita juga boleh membaca Al_Quran melalui internet di laman Web ‘Quran Explorer’ . Alamatnya ialah: http://quranexplorer.com/.

Al-Quran yang disediakan di laman Web ini menggunakan Format Flash yang boleh digunakan dengan lebih baik. Kita bukan saja boleh membaca ayat-ayat suci Al-Quran serta terjemahannya tetapi boleh mendengar kedua duanya sekali. Kita juga senang memilih mana mana ayat atau surah yang hendak kita baca.

Rebutlah peluang untuk beribadat di bulan yang mulia ini kerana Ramadhan tahun depan belum tentu kita bertemu lagi.

Selamat menunaikan Ibadat Puasa 2010.


Edit Gambar secara ONLINE

12 Ogos 2010

Mungkin ramai di antara kita yang Hobinya mengedit gambar. Tak kiralah apa jenis gambar sekalipun. Banyak perisian mengedit gambar ini, salah satunya yang boleh kita buat secara Online ialah Picnik. Kena eja betul-betul, bukannya Picnic.

Perisian ini antara yang terbaik buat masa ini. Boleh di layari di laman http://piknik.com/. Kalau di bandingkan dengan perisian lain, ia amat mudah di gunakan dan mudah untuk menghasilkan gambar yang berkualiti dengan kesan-kesan khas pada gambar tersebut.

Gambar-gambar yang hendak anda edit itu, boleh di uploadkan dari tempat simpanan gambar anda seperti di Facebook, picasa, Flickr, CD, Pendrive atau dari komputer sendiri.


Rupa-rupanya Prosessor yang rosak

30 Julai 2010

Seminggu lalu, seorang pelanggan menelefon saya (En Kamarudin) dari Pasar Borong, Selangor meminta Komputernya Pentium 3, berjenama Fujitsu, 500Mhz, 256 Ram di baiki. Menurutnya, bila di ‘ON’kan Komputer tidak menyala, Lalu saya berpendapat Power Supplynya perlu di tukar atau Fiusnya sudah terbakar, jadi saya terus bergegas kerumahnya dengan membawa 4 Size Power Supply, Fius dan beberapa peralatan lain. Dalam hati saya senangnya kerosakan yang saya perlu baiki hari ini.

Memang Komputernya tidak hidup, setelah menukar Power supplynya, barulah komputernya menyala tapi, Cuma ada powernya saja tanpa memberikan sebarang reaksi.
Tiada sebarang bunyi, dan tiada sebarang mesej yang kelihatan sebab paparannya tidak sampai ke Monitor.

Memandangkan semua Hardware di penuhi habuk, saya membersihkannya terlebih dahulu satu persatu, tapi tidak juga membuahkan hasil. Habis semua RAM, Graphic kad, Harddisk, monitor dan lain lain juga dicuba, namun gagal juga.

Sangkaan saya mungkin MotherBoardnya yang rosak, sebab fizikalnya yang agak teruk, tapi meleset. Rupa-rupanya Prosessornya yang rosak. Saya dapat kesan setelah menggantikan prosessor dengan prosessor computer yang lain. Dalam hati saya, kalaulah saya tahu ini kerosakan pada awalnya, taklah saya menghabiskan masa lebih kurang 2 jam melayan benda lain.

Apapun kerosakan pada kali ini menambahkan lagi satu ilmu buat saya.


Apakah erti internet?

20 Julai 2010

Apakah erti internet?
Mungkin masih ramai yang tidak jelas dengan pengertian sebenar internet. Internet itu sendiri berasal dari perkataan International Networking, yang bermaksud 2 komputer atau lebih yang saling berhubungan di antara satu sama lain, sama ada berinteraksi atau bertukar informasi.

Internet juga seperti perpustakaan besar yang di dalamnya terdapat jutaan informasi atau data yang boleh diperolehi sama ada berupa teks, grafik, audio, animasi dan lain lain dalam bentuk media elektronik. Semua orang boleh mengunjungi perpustakaan itu bila bila masa saja. Dari segi komunikasi, internet merupakan salah satu perantaraan yang sangat efektik dan efician untuk melakukan pertukaran informasi jarak jauh atau dekat, seperti dalam lingkungan pejabat dan sebagainya.

Dahulunya internet di kenali sebagai Wadah untuk bertukar informasi yang kemudiannya di manfaatkan oleh perusahaan komersial sebagai business mereka. Ketika ini pengguna internet tersebar dengan luas di seluruh dunia dan telah mencapai lebih lebih dari lima ratus juta pengguna, dan jumlah itu di jangka akan bertambah lagi dari semasa ke semasa. Pengguna internet kini bukan saja di Bandar Bandar, tapi di kampung kampung juga di akses dengan mudah sekali.


Shut Down Komputer Tanpa Menggunakan Mouse

27 Jun 2010

Selalunya kita mematikan komputer dengan menggunakan Mouse iaitu dengan menekan tombol start pada komputer dan seterusnya Shut Down, tapi sebenarnya terdapat beberapa cara lain untuk mematikan komputer tanpa menggunakan mouse. Antaranya ialah:-

1. Dengan menekan tombol Power pada keyboard anda. Tapi kena pastikan adanya tombol power tersebut, kerana keyboard yang lama-lama tidak ada kemudahan tersebut. Walau bagaimanapun, tombol power yang di maksudkan ( sekiranya ada ) tidak menjamin komputer anda dapat di matikan dengan tombol tersebut.

2.Dengan menekan tombol Windows pada keyboard ( selalunya ada logo windows pada keyboard) . Seterusnya, anda menekan anak panah ke arah atas sehingga ke pilihan Shut Down dan tekan enter, Pilih Shut Down dan tekan enter sekali lagi.

3. Cara yang terakhir ialah, dengan menekan tombol Alt+F4 pada keyboard, satu menu Shut Down akan di aktifkan pada Komputer anda. Kalau kita hendak Shut Down’kan komputer, Klik pada YES, dan komputer anda akan mati.

Semoga Petua ringkas ini berguna untuk semua.


Tanda tanda Komputer di jangkiti Virus

27 Jun 2010

Dalam dunia tanpa sempadan ini, apa saja boleh berlaku. Kecanggihan teknologi juga boleh disalahguna. Virus dicipta untuk menyusahkan orang lain. Walaupun kita mempunyai perisian anti virus, ianya belum dapat menjamin 100% selamat.Tahukah anda apakah tanda-tanda jika pc kita telah dijangkiti virus?

Tanda tanda pc anda telah dijangkiti virus adalah seperti berikut:
• PC menjadi hang selepas dibuka, dan seringkali berlaku.
• Prestasi PC tiba-tiba sahaja menjadi lembap. Sebarang aplikasi atau fail yang hendak dibuka menjadi terlalu perlahan.
• Keluar mesej “Out of memory error” walaupun PC mengandungi ruang ingatan yang mencukupi.
• Sistem operasi Windows tidak boleh dijalankan walau sebelum ini kita tidak pernah menyentuh bahagian setting ataupun mengubah registry.
• Sistem operasi Windows tidak dapat dijalankan kerana fail-fail penting untuk menjalankannya hilang tiba-tiba.
• Ada program yang tidak pernah diinstal sebelum ini tiba-tiba muncul dan berjalan dengan sendirinya.
• Terdapat proses yang tidak diketahui sedang berjalan dan menggunakan banyak sumber CPU.
• Kita tidak boleh menginstal sebarang program atau aplikasi baru.
• Windows seringkali reboot dan proses reboot berlaku berulangkali.
• Utiliti cakra seperti scandisk melapurkan banyak error pada cakra selepas melakukan imbasan cakra.
• Program atau aplikasi yang sebelum ini boleh digunakan crash secara tiba-tiba.
• Drive partition bagi cakra keras, CD-ROM dan cakra liut tiba-tiba sahaja hilang.
• Menerima email yang mengandungi sisipan-sisipan yang ganjil, contohnya mengandungi dua ekstensi.
• Perisian Antivirus hilang tiba-tiba.
• Perisian Antivirus tidak boleh di instal.
• Dialog box terpapar pada skrin secara tiba-tiba.
• Sistem PC berjalan dengan sendirinya, misalnya tetikus menunjuk ke sesuatu, membuka dan menutup tray CD-ROM dengan sendirinya.
• Penunjuk tetikus berubah imej dan grafik.
• Ikon-ikon ganjil terpapat pada sistem tray walaupun tidak pernah menginstal sebelum ini.
• Muzik atau Video tiba-tiba sahaja dimainkan dengan sendirinya.
• Saiz sesuatu fail berubah, walaupun kita tidak mengeditnya sebelum ini.
• Fail-fail yang kita simpan hilang satu persatu.
• Properties sesuatu fail berubah dengan sendirinya.

Sumber : Majalah Tempatan


Cara mendengar radio dari seluruh dunia

22 Jun 2010

Kepada warga perantau terutamanya, anda tidak perlu kembali ke negeri atau Negara kelahiran semata-mata ingin mendengar Radio, kerana kecanggihan teknologi internet masakini membolehkan segala-galanya, termasuklah menonton TV secara langsung atau mendengar radio.

Untuk mendengar siaran radio, kita boleh mendengar siaran dari seluruh dunia di http://www.radiotime.com/. Amat mudah sekali untuk kita menggunakannya. Pengguna hanya taip laman web ini, lepas tu cari web radio yang mereka inginkan dengan menaip nama stesen radio tersebut, nagara atau Bandar di mana ianya berada.

Jika stesen tersebut sedang ke udara di internet, satu butang yang bertulis Listen akan di paparkan. Apabila di klik di listen itu, kita dengan serta-merta akan mendengar siaran radio secara langsung.
Bukan itu sahaja, pendengar juga boleh merakamkan siaran stesen tersebut secara outomatik. Untuk mendapatkan kemudahan ini anda perlu memuat-turunkan perisian yang dinamakan RedButton, ianya terletak disebelah bawah laman web http://www.radiotime.com/.

Dengan menggunakan perisian ini anda boleh memillih untuk merakamkan siaran-siaran radio yang terdapat di laman web ini mengikut, tarikh, hari dan juga frekunsi.


Jenis-Jenis Mouse/Tetikus di pasaran

20 Jun 2010

Mouse atau tetikus merupakan peranti input yang amat penting dalam sesebuah komputer. Mouse berfungsi untuk mengawal gerakan penunjuk atau Kursor pada Skrin paparan. Tanpa mouse sesebuah komputer tidak dapat menjalankan sistem operasi dengan sempurna, walaupun ada sesetengah perkara yang boleh di lakukan dengan menggunakan keyboard saja. Walau apapun sistem operasi yang di gunakan sama ada Microsoft Windows, Linux, Unix dan sebagainya tetap menggunakan mouse.

Pada masa kini terdapat beberapa jenis tetikus yang dibahagikan kepada beberapa jenis berdasarkan ciri ciri fizikal dan keupayannya seperti:-
• Tetikus bebola dengan wayar.
• Tetikus bebola tanpa wayar.
• Tetikus optik dengan wayar.
• Tetikus optik tanpa wayar.

Setiap tetikus biasanya mempunyai 1 hingga 3 bebutang. Bagi tetikus yang mempunyai lebih daripada satu butang, perisian boleh memperuntukkan berbagai-bagai fungsi kepada setiap butang. Selalunya, butang primer (butang yang paling kiri untuk tatarajah tangan kanan) adalah untuk memilih item, dengan butang sekunder (yang paling kanan untuk tatarajah tangan kanan) untuk memunculkan menu tindakan alternatif bagi item tersebut.
(Gambarrajah: Contoh tetikus)


Kerosakan Komputer di sebabkan terkena kilat…

16 Jun 2010

Pernahkah anda menghidupkan komputer selepas Hujan, kilat dan petir, tetapi tiada apa-apa yang berlaku? Seolah-olah terputus sambungan elektrik, tapi lampu rumah menyala pula, serta peralatan elektrik yang lain berfungsi dengan baik… mungkinkah komputer anda sudah menjadi mangsa kilat? Dan apa yang anda harus buat?

Jawaban di tangan anda, sekiranya komputer tersebut masih baru atau masih dalam jaminan, hantarkan saja ke penjual komputer tersebut. Tapi jika anda ingin cuba nak membaiki sendiri, anda ikutilah langkah-langkah di bawah.

-Mula-mula hidu samada ada bau hangus atau tidak, selalunya kita kena hidu di bahagian belakang CPU atau Monitor Sekiranya ada bau di bahagian tersebut, Contohnya di bahagian CPU, buka penutup CPU dan terus saja cari puncanya. Selalunya kerosakan sebegini senang di cari kerana sudah pastinya ada komponen yang terbakar, dan kesannya pula senang kelihatan.

-Tempat yang perlu di periksa ialah di bahagian Motherboad, cari jika ada Cip yang hangus atau Fius yang terbakar. Sekiranya Fius yang terbakar, tukarkan saja Fius tersebut dan Insyallah komputer anda akan hidup semula.

-kalau tiada bau atau kesan terbakar, hidupkan komputer anda. Pastikan kipas pada power supply berpusing. Kalau tidak berpusing, maknanya Power supplylaa yang sudah rosak. Keluarkan Power supply tersebut dan tukar. Selalunya alat ini akan rosak dahulu sekiranya berlaku lebihan arus elektrik.Power Supply

-Setelah di pastikan kerosakan pada CPU, Anda bolehlah membaiki sendiri CPU anda. Tapi sekiranya Monitor yang Rosak, abaikan kerosakan tersebut sekiranya anda kurang mahir, sebaliknya hantarlah ke Mekanik yang mahir atau beli saja monitor yang lain, kerana MONITOR MENGANDUNGI BERJUTA-JUTA CAS ELEKTRIK WALAUPUN TIDAK DI SAMBUNG KE PUNCA ELEKTRIK. Jika silap langkah anda mungkin mati terkena kejutan elektrik


Cara baiki kerosakan Monitor ( Warna RGB)

28 Mei 2010

Monitor merupakan salah satu daripada komponen Komputer. Tanpa Monitor kita tidak dapat melihat paparan hasil kerja kita. Walaupun monitor jarang rosak, tapi apabila rosak, semua kerja kita pasti terbengkalai. Oleh itu penting bagi kita untuk mengetahui asas membaiki monitor. Dalam artikel ini saya akan menunjukkan cara cara membaiki monitor yang rosak di bahagian warna atau RGB.

Pertama sekali bukalah casing monitor tersebut. Setelah di buka, kita cari pula rangkaian PCB yang terletak dibahagian belakang tabung atau dalam bahasa elektronik disebut Matriks.

Cara baiki yang pertama, Kalau warna paparan pada monitor terkadang normal atau terkadang berubah menjadi warna dominan, biasanya masalah tersebut di sebabkan oleh adanya solderan yang kendor atau retak, jadi cara memperbaikinya adalah solder semula semua pin kaki-kaki komponen tersebut terutama Transistornya.

Cara yang ke 2 ialah, jika warna paparan monitor Merah, Biru, dan Hijau semua muncul tetapi bercampur baur dan susah untuk dipisahkan, cuba cek jalur Degausing iaitu jalur yang membahagikan warna agar sesuai dengan warna asalnya, Jalur ini berbentuk 2 buah kabel yang terhubung melingkari tabung, cuba solderkan balik kawasan soket degausing tersebut.

Cara yang ke 3 ialah , kalau semua cara yang ditunjukkan tadi tidak berhasil, cuba anda cek kabel VGA mungkin salah satu kabel RGBnya sudah putus atau sebagainya, kalau terputus atau tidak bersambung dengan betul, solderkan dia, atau kalau perlu gantikan sahaja dengan yang baru. Selamat mencuba semuga berhasil.


Cara Terjemahkan tulisan rumi kepada tulisan Jawi

22 Mei 2010

Tulisan jawi merupakan tulisan asal bangsa Melayu. Namun ramai daripada orang Melayu tidak boleh menulis Jawi. Kini terdapat laman web yang boleh membantu pengguna yang tidak arif menulis jawi, menghasilkan tulisan jawi dengan menaip tulisan rumi.
Alamat laman web untuk kemudahan ini adalah http://www.ejawi.net/converter.php?go=rumi
Pengunjung hanya perlu menaip ayat didalam tulisan rumi di bahagaian yang disediakan, tekan diatas butang terjemah, dan hasil terjemahan ayat didalam tulisan jawi akan dapat dilihat dibahagian bawah.
Langkah yang seterusnya adalah untuk menyalin tulisan jawi yang telah dihasilkan dan diletakan didalam perisian lain seperti email atau Word Processor.


Cara buat Password Pada Dokumen Microsoft Word

20 Mei 2010

Jika kita mempunyai dokumen penting (pada Micorosoft Word misalnya), maka sudah tentunya kita tahu cara membuat password pada Microsoft Word, kerana salah satu cara memberi perlindungan terhadap sebuah dokumen adalah dengan memberi PIN atau password. Jangan sampai dokumen penting anda disalah-gunakan oleh pihak yang tidak bertanggung-jawab.

Apatah lagi jika komputer kita ramai penggunanya , sudah semestinya dokumen kita tidak mahu di lihat oleh orang lain, jadi meletakkan password pada dokument itu sangat sangat di galakkan. Berikut adalah langkah langkah untuk membuat password pada Word:

– Buka dokumen kita yang akan diberi password, kemudian klik menu Tools lalu pilih Options
– Klik tab Security.
– Isikan password kita pada kotak yang pertama (kotak disamping tulisan Password to open). Jika sudah klik tombol OK
– Akan muncul kotak konformkan password. Tulis kembali password yang telah kita buat tadi, lalu klik tombol OK
– Simpan dokumen dengan mengklik menu File lalu pilih Save

Dengan demikian jika hendak membuka dokumen tersebut maka harus memasukkan password yang telah kita buat terlebih dahulu.


Berkenaan dengan CD-ROM

18 Mei 2010

CD-ROM digunakan pada komputer untuk membaca maklumat dari CD-ROM. Hari ini CD-ROM mempunyai kelajuan pemindahan bermula dari 48X ke 75x atau lebih. Secara umum tugas Membeli CD-ROM mudah, tetapi boleh melibatkan beberapa pertimbangan ketika membeli.

Berikut adalah pertimbangan yang perlu di ambil kira mengikut keperluan kita.

CD-R – CD-writer atau perakam (atau hanya CD-R drive) digunakan untuk menulis data pada cakera CD-R. Biasanya, CD-penulis boleh membaca maklumat dari CD serta menulis maklumat tentang CD, CD-R yang dihasilkan secara tempatan disk diciptakan dengan CD writer. Kelajuan drive ini mencapai sehingga 52X atau lebih.
Gambar C-ROM

CD-RW – anda perlu memiliki drive CD-RW untuk menulis tarikh pada CD-RW. Drive ini mempunyai kelajuan membaca dan menulis sehingga 52X atau lebih tetapi menulis semula speed 10X atau lebih. Drive CD-RW ini lebih maju dan lebih mahal daripada CD-R. Ini di sebabkan kita boleh menulis data pada kedua-dua CD-R dan CD-RW disc dan juga membaca data dari mereka

DVD – DVD adalah singkatan dari Disk Video Digital Versatile Disc. DVD-ROM ini mempunyai kapasiti sangat tinggi cakera optik dengan kapasiti simpanan dari 4,7 GB hingga 17 GB.

Hari ini CD-ROM drive mempunyai kelajuan pemindahan atau kelajuan bermula dari 52X hingga 72X atau lebih. Sebagai contoh, sebuah drive CD-ROM 52X memiliki tingkat data transfer 7.200 kbps (iaitu 48 x 150 = 7.200) atau 7.2 Mbps. Ini bermakna jumlah ini semakin tinggi. Kelajuan ini biasanya hanya akan terlihat ketika memasang program atau menyalin sejumlah besar data dari CD.


Bagaimana Cara menerbitkan persembahan PowerPoint ke Internet?

15 Mei 2010

Dalam PowerPoint, anda sebenarnya boleh menukarkan gambar persembahan PowerPoint ke dalam format HTML. Sekaligus dokumen HTML ini membolehkan anda menerbitkan laman ke internet. Berikut merupakan langkah-langkah yang diberikan untuk menerbitkan gambar PowerPoint ke Internet.

Pertama sekali bukalah file power point yang ingin di persembahkan. Sekarang dari menu ”file”, pilih “Save as Web Page” untuk memberikan tajuk pada gambar-gambar anda.

Di sini pilih lokasi di mana anda ingin menyimpan gambar-gambar ini, dan taip nama gambar dalam ruangan “file name”.

Pada ruangan “Save As”, klik butang “Publish” untuk memilih pilihan di mana anda ingin menerbitkan persembahan lengkap atau gambar tertentu. Di sini juga anda boleh memilih pilihan untuk menyokong pelayar (Microsoft Internet Explorer, Netscape Navigator atau semua pelayar) di bahagian “Browser support”.

Sekarang pada kotak dialog yang sama, klik pada “”Web Options” untuk memilih ciri-ciri web terperinci.

• Umum (set appearance of slide on the internet)
• Browser (select the browsers support)
• File (organize file name and locations)
• Gambar (choose Screen size)
• Kod (select the webpage encoding)
• Font (change Font size and type)

Sekarang klik butang Ok untuk menyimpan “Web Pilihan”.
Setelah anda memilih pilihan yang diperlukan, klik butang Publish untuk menyimpan persembahan dalam format HTML.

Sekarang anda boleh meng-upload file HTML ini ke pelayan web anda untuk browsing.


Apakah Maksud Backup

13 Mei 2010

Apa itu backup? Backup adalah proses membuat salinan pada fail-fail dan dokumen-dokumen anda.Salinan tambahan ini dibuat sebagai langkah berjaga-jaga, kerana siapa tahu, esok lusa Windows anda akan rosak dan tidak berfungsi. Atau mungkin anda secara tidak sengaja terbuang data-data anda yang berharga. Proses mengembalikan semula data yang hilang dipanggil sebagai restore.

Adakah backup penting? Sudah tentu! Bayangkan foto-foto yang anda telah simpan bertahun-tahun, atau tugasan-tugasan universiti anda sepanjang semester, tiba-tiba hilang akibat serangan virus. Bagi syarikat-syarikat, ketiadaan backup boleh mengakibatkan kerugian yang amat besar.

Backup boleh dibuat secara manual, iaitu copy dan paste sahaja fail-fail anda ke dalam hard drive yang lain. Terdapat juga cara yang mudah untuk backup satu partition atau har drive, contohnya dengan menggunakan perisian seperti Symantec Ghost atau PING.
Sebenarnya memang susah nak mendidik pengguna komputer untuk membuat backup pada data-data mereka. Tunggulah sampai kena sendiri, baru sedar betapa penting Backup ini.


Jam Tangan TV

8 Mei 2010

KINI tidak ramai orang yang memakai jam tangan memandangkan telefon bimbit boleh bukan saja mempunyai jam tetapi boleh menyimpan pelbagai maklumat di dalamnya. Tetapi beberapa penyelidik di sebuah syarikat Chinavision telah cuba memikat Pelanggan dengan menambah beberapa ciri jam tangan.

Jam yang dilengkapi dengan skrin LCD bersaiz 1.8 inci serta fail MP3, WMA WAV serta boleh mengubah video MTV bagi tontonan pengguna. Bukan itu saja, jam yang dilengkapi dengan memori 2GB ini boleh menyimpan fail gambar dalam bentuk JPEG. Selain itu terdapat perakam suara, pembesar suara, radio FM dan fon kepala 3.5 milimeter.

Dengan pelbagai ciri tambahan, mungkinkah jam tangan ini akan mendapat tempat di kalangan pengguna?


Penyelesaian Kepada Internet Lembab!

5 Mei 2010

Cara melajukan internet ini hanya ditujukan kepada pengguna Microsoft Windows 98/ME/2K/XP/NT.
Kepada pengguna Linux/BeOs/RedHat/Lindows atau yang lain daripada Windows, sila minta bantuan daripada yang pakar didalam operating system tersebut. Berikut adalah beberapa cara untuk melajukan internet anda..

1. Defaultkan wallpaper anda,biarkan kosong.Bagi Windows 98/ME/2K/ , default wallpaper ialah warna biru muda. Bagi Windows XP tidak dapat ditukar kerana wallpaper defaultnya ialah gambar Bliss. Jika gunakan wallpaper,terutamanya yang berwarna-warni ia akan membuatkan PC anda lagging semasa di IRC atau semasa melayari laman web.

2. Klik Start/Run dan taip msconfig.Klik pada bahagian Startup dan uncheck software yang anda fikir anda tidak mahu keluar pada masa anda start komputer anda..Semakin kurang yang keluar pada startup anda semakin lajulah proses permulaan komputer anda dan melajukan loading site didalam internet dan juga di IRC!

3. Kurangkan atau jangan run software yang terlalu berat seperti Microsoft Word semasa melayari internet, kalau anda ingin full acceleration semasa melayari internet jangan buka software yang lain seperti satu lagi window bagi internet explorer, ini akan melambatkan internet anda. Sama juga bagi pengguna yang gemarkan IRC yang ingin dapatkan fastest ping access buka satu IRC client sahaja jangan lebih daripada satu kerana ia akan melaggingkan PC anda.

4. Clearkan segala benda yang terdapat didalam Recycle Bin anda sebelum menyambungkan connection anda ke internet. Tidak lupa juga History anda dan Records. Klik Start/Settings/Taskbar and Start Menu/Advanced dan klik Clear.

5. Apabila anda connected daripada internet lebih daripada dua jam,restart computer anda dan reconnect kembalik jika anda terus melayari internet connection anda ke server akan mula drop dan anda akan mula terasa data/connection anda mula menjadi perlahan..

6. Jika anda menggunakan dialup dan menggunakan modem internal/external jangan lupa untuk update driver anda setiap 2 bulan untuk memastikan segala information hardware anda diupdate kerana selalunya driver yang anda dapat daripada CD adalah tidak updated atau yang menggunakan versi lama, justeru itu anda haruslah mendapat update file yang updated daripada site manufacturer modem tersebut.

7. Pada pengguna Internet Explorer, klik ikon Internet Explorer di Desktop dan klik Properties,Klik di bahagian Advanced dan scroll down ke bahagian Multimedia, untick bahagian yang tertulis Play animations,Play sounds,Play videos,Show pictures,Smart image dithering. Selepas ini anda tidak perlulah terkejut apabila anda melayari apa-apa site jika mendapati site itu tidak memaparkan sebarang gambar/flash/videos kerana yang ada hanyalah perkataan kerana anda telah set untuk tidak download sebarang gambar jadi ia akan melajukan internet anda semasa loading site.

8. Kemudian Klik Start/Settings/Control Panel/Network ,di bahagian Configuration klik 2X di Dial-Up Adapter dan klik pula Advanced.Klik IP Packet Size dan dibahagian Value pilih Large dan dibahagian seterusnya Record a log file pilih No..Klik Ok dan Ok sekali lagi dan restart komputer anda..

9. Pastikan komputer anda sentiasa berada didalam keadaan yang baik dan best setiap masa,connection akan drop jika komputer anda bermasalah seperti dijangkiti virus..

10. Kurangkan install game didalam PC anda jika mempunyai hard disk yang besar, sama juga kepada yang mempunyai hard disk yang besar…biarkan ruang yang lebih untuk swap file semasa anda surfing kerana file yang banyak didalam hard disk anda akan buat komputer lebih kerap hang/jam/lekat/kejung etc.

11. Gunakan Windows 2000 kalau anda inginkan kepantasan internet yang terlaju yang mampu dirempuh oleh sebiji dial-up modem didalam sebuah PC.Tidak kira Windows 2000 versi mana sama ada Server/Professional/Advanced Server ia adalah versi Windows yang menawarkan internet yang terpantas sekali yang pernah saya cuba dan mengalahkan Windows XP ~!


Monitor CRT dan LCD

29 April 2010

Monitor adalah satu-satunya alat bantu yang kita gunakan untuk melihat paparan image, samaada yang sudah diolah atau belum. Kerana itu pemilihan membeli  monitor harus dilakukan supaya monitor tersebut boleh menampilkan paparan  yang sesuai dengan keadaan  image yang sebenarnya. Ada beberapa teknologi monitor yang sering digunakan pada ketika  ini, contohnya  LCD dan CRT.

Gambar : Monitor LCD

Teknologi LCD berkemampuan untuk memaparkan  image yang lebih tajam jika  dibandingkan dengan CRT. Sebarang image yang nampak tajam apabila dilihat melalui monitor LCD akan kelihatan sedikit kabur apabila di tonton melalui monitor CRT. Sebaliknya image yang kelihatan  tajam di skrin  monitor CRT akan kelihatan kabur pula di skrin monitor LCD.

Gambar : Monitor CRT

Itulah sebabnya apabila menggunakan paparan 1024×768, paparan kerseluruhannya akan menjadi kabur. Tetapi jika Anda menggunakan  image untuk website,  seeloknya menggunakan resolusi 1024×768 sebagai ukuran standard daripada 1600×1200.


TIPS membersihkan Komputer

24 April 2010

Anda boleh menjimatkan kos penyelenggaraan komputer  jika anda membersihkannya dengan rajin dan teratur.  Hal ini juga akan meningkatkan prestasi penyejukan dalam  komputer.  komponen komputer anda boleh merosakkan, jika anda tidak membersihkannya dengan betul,  kerana debu adalah punca utama untuk memanaskan sistem dalam komputer, seterusnya menyebabkan kegagalan hardware berfungsi.

* Jangan meletakkan komputer di Lantai,  seboleh bolehnya gunakanlah meja komputer atau rak untuk tujuan ini.
* Untuk membersihkan komputer,  tanggalkan dahulu plugs dari soket elektrik. Cabutkan  semua kabel dan penyambung dari sisi belakang komputer anda.
* Seterusnya tanggalkan penutup Komputer.  Anda boleh membersihkan menggunakan Vacuum kecil.
* Boleh juga  menggunakan kain basah ringan atau spray  cecair pembersih pada komputer dan menggunakan tuala kertas untuk mengeringkannya.
* Jangan bersihkan bahagian dalam komponen komputer atau papan litar lain dengan kain lembap atau basah.
* Sentiasa berhati-hati untuk makan atau minum di sekitar komputer.


Beberapa tanggapan teknikal yang salah….

22 April 2010

Kailas Shastry dari PC World India telah menyenaraikan 30 tanggapan silap berkaitan dengan hal teknikal komputer. Antaranya ialah:

  1. Tutup suis tanpa ’shut down’ dulu Windows akan menyebabkan komputer rosak.
  2. Anda mesti ‘hentikan’ terlebih dahulu USB drive sebelum dicabut daripada komputer.
  3. Selalu membuka dan menutup komputer akan mengurangkan ‘hayat’ komputer anda.
  4. OS 64 bit adalah dua kali ganda lebih laju berbanding OS 32 bit.
  5. Mengosongkan ‘Recycle Bin’ akan memastikan bahawa fail itu akan lenyap terus.
  6. Magnet akan merosakkan data dalam peranti anda seperti ‘harddisk’ ataupun ‘USB drive.’
  7. Media CD/DVD akan tahan selama-lamanya.
  8. Jika komputer anda sudah dipasang perisian anti virus maka tidak perlulah anda risau apabila anda memasang sebarang perisian baru.

Untuk maklumat terperinci tentang salah tanggapan teknikal berkaitan dengan komputer, sila lawati laman web ComputerWorld Australia.


Tips bekerja dengan Komputer

21 April 2010

Bagi mereka yang sering dan seharian menggunakan komputer,  tentunya akan merasa letih dan jemu di depan komputer. Ini di sebabkan Skrin komputer, cpu atau Laptop mengeluarkan radiasi yang menyebabkan mata berair dan mengakibatkan penyakit mata.

Selain bahaya pada mata,  kesan radiasi tersebut juga  dapat menyebabkan sakit kepala, badan lenguh lenguh dan sebagainya.  Berikut merupakan beberapa  tips dan cara menghindari dari beberapa bahaya dari pemakaian komputer :

  1. Jarak minimum antara mata dan Skrin  komputer adalah 45 cm.
  2. Letakkan keyboard dalam kedudukan  yang tepat,  agar anda tidak  membungkuk akibat lama memakai komputer.
  3. Skrin  monitor sebaiknya bertentangan  dengan mata.
  4. Jangan menggunakan lampu tidur atau lampu malap  untuk menyinari ruangan tempat Anda bekerja. Gunakan lampu kalimantang  yang dapat menerangi ruangan dengan rata.
  5. Pasanglah filter di depan skrin  monitor untuk mencegah kesan  radiasi.
  6. Sekali sekala , alihkan pandangan Anda dari skrin  monitor agar mata Anda tidak penat
  7. Jika Anda sudah di depan komputer selama satu jam, berehatlah lenih kurang 15 minit ,  Ini mencegah rasa letih pada tubuh anda.
  8. Letakkan kaki anda sebaik mungkin, dengan meluruskan kaki agar tidak letih. Sekali sekala  berdirilah untuk meluruskan punggung Anda.
  9. Duduklah dalam keadaan  tegak untuk menghindari tulang punggung Anda membungkuk.

Bagaimana membuat blog ringkas di Facebook

13 April 2010

Tahukah anda bahawa kita boleh membuat blog ringkas di Facebook?  Walaupun tidak di sediakan secara rasmi oleh Facebook, namun kita masih boleh membuatnya dengan menumpang aplikasi yang di buat oleh pihak ketiga. Mereka dah sediakan beberapa aplikasi di Facebook, jadi ikutilah langkah langkah dibawah ini, kalau anda ingin mencuba. Senang saja caranya….

Langkah 1:
Dalam keadaan sudah LOG IN  kedalam akaun Facebook anda, pergilah  kebahagian search/carian dan taipkan “blog”, untuk mencari aplikasi blog yang sudah tersedia.

Langkah 2:
Akan muncul beberapa aplikasi blog yang dibuat oleh pihak ketiga.  Sebagai contohnya, pilih blog yang di buat oleh  Shujaat bin tariq. ( ikon B berwarna biru, dan klik View Aplication).

Langkah 3:
Seterusnya muncullah halaman utama aplikasi blog tersebut. Klik Go Aplication.

Langkah 4:
Kemudian anda akan mendapati beberapa blog yang telah di publishkan oleh pengguna Facebook yang lain, dengan menggunakan aplikasi yang sama.  Pada halaman ini juga, anda bolehlah membuat blog pertama anda, Klik Create New Blog Entry.

Langkah 5:
Sebelum anda dapat membuat blog entry baru, anda mestilah  mengaktifkan blog face. Klik Add Face Blog

Langkah 6:
Di halaman berikutnya,  anda  diminta pengesahan untuk memberikan laluan pada profile dan segala sesuatu yang berkenaan dengan data diri anda di Facebook. Klik Allow

Langkah 7:
Setelah di sahkan, anda akan menjumpai semula halaman yang sama dengan sebelumnya.  Klik Create New Blog Entry

Langkah 8:
Buatlah kategori blog anda.  Klik Add New Category

Langkah 9:
Pada dialog Add New Category, berikan nama untuk kategori tersebut pada bahagian Title. Untuk Description berikan penjelasan singkat mengenai kategori tersebut, atau boleh juga di biarkan kosong.

Langkah 10:
Selepas kategori di buat, anda dapati, kategori tadi sudahpun bercantum di dalam blog anda.

Langkah 11:
Untuk memasukan video dari Youtube,   copy alamat URL dari video tersebut,  dan masukan ke bahagian  Video URL.

Langkah 12:
Apabila sudah siap, anda bolehlah  klik Publish dan  anda akan mendapat pesanan  bahwa blog anda telahpun  selesai di buat.
Macam mana pendapat anda?  Cubalah, pastikan anda juga membuat blog di Facebook seperti saya.


Pasang sendiri CCTV

11 April 2010

Sejak akhir-akhir ini, kita  sentiasa mendengar mengenai kes-kes kecurian yang dapat diselesaikan dengan menggunakan kemudahan CCTV.  Apakah itu CCTC? CCTV adalah dari singkatan perkataan Close Circuit TV atau System TV Litar Tertutup.

Apabila kita membicarakan mengenai kemudahan CCTV biasanya ianya hanya dipasang di bank, pejabat dan kedai-kedai sahaja. Namun kini teknologi telah membolehkan pengguna memasang CCTV dipasang di rumah masin-masing. Satu daripada cara termurah untuk memasang CCTV dirumah adalah dengan menggunakan kemudahn Webcam dan perisian yang sesuai.

Webcam adalah kemudahan yang biasanya digunakan untuk melakukan sidang video. Webcam biasanya tidak dibekalkan dengan perisian untuk menjadikannya sebagai CCTV, ianya tidak boleh merakam pergerakan secara automatik. Untuk menjadikan Webcam sebagai CCTV kita perlu tambahkan perisian yang sesuai. Diantara perisian yang boleh kita gunakan adalah Crime Catcher, ianya boleh dimuat-turun di http://www.crime-catcher.com/


BUKA LAMAN YANG DI SEKAT DENGAN ULTRASURF

8 April 2010

Di sesetengah tempat, (contohnya di syarikat swasta atau kerajaan), selalunya pihak majikan menyekat laman laman tertentu untuk di lawati. Selalunya Facebook, youtube, tagged dan sebagainya.
Kalau sekatan itu satu atau dua saja tidak apalah, tapi kalau sekatan berdasarkan keyword, ini sangat mengganggu kita untuk mencari apa apa bahan di internet.
Jadi bagi mengatasi masalah ini, bolehlah kita menggunakan UltraSurf. Kita cuma perlu lancarkan UltraSurf, dan ia akan membuka satu Internet Explorer khas untuk anda melayari Internet.
Jika Kita ingin menggunakan UltraSurf dengan browser lain seperti Firefox, Chrome, atau Opera; anda cuma perlu menetapkan proxy bagi browser tersebut kepada – 127.0.0.1:9666
UltraSurf ini juga berguna sekiranya anda tidak dapat membuka laman web tertentu (blog di via.my contohnya) kerana menggunakan IP yang dikongsi (Celcom Broadband, DiGi Broadband, dsb) Selamat MENCUBA!
Dapatkan UltraSurf di sini.


Dosa gugur apabila suami, isteri bersalam

6 April 2010

Dosa gugur apabila suami, isteri bersalam RASULULLAH saw bersabda, yang bermaksud: “Seorang isteri yang bermuka muram di hadapan suaminya, maka ia dalam kemurkaan Allah hingga ia dapat membuat suasana yang riang gembira kepada suaminya dan memohon kerelaannya.”

Begitulah besarnya harga senyuman seorang isteri kepada suaminya kerana senyuman akan mencetuskan suasana kegembiraan yang sebenarnya dikehendaki suami ketika pulang dalam keletihan.

Muka yang masam bukan saja akan menimbulkan kemarahan suami, malahan menyebabkan Allah turut murka dan kemurkaan Allah itu berkekalan hingga isteri berjaya mengembalikan suasana gembira serta memohon keampunan daripada suami.

Sesungguhnya keredaan Allah terletak pada keredaan suami. Justeru, apabila suami pulang segeralah bukakan pintu, persilakan masuk dengan penuh hormat dan ciumlah tangan suami sebagai tanda hormat serta meminta maaf,walaupun isteri merasakan tidak berbuat sebarang kesalahan pada hari itu.

Sebuah hadis ada menyebut bahawa apabila seorang suami bersalaman dengan isterinya, maka gugurlah segala dosa dari celah-celah jari mereka berdua.

Andai mempunyai anak-anak, ajarlah mereka itu untuk selalu bersalaman dengan ayahnya kerana kelaziman akan memupuk rasa kasih dan hormat anak-anak kepada orang tua.

Kebahagiaan rumahtangga terletak pada akhlak dan budi pekerti isteri. Biarpun seorang isteri itu tidak cantik tapi jika cukup sempurna layanannya terhadap suami dan berakhlak pula, tentu ia akan menjadi penghibur dalam rumahtangga.

Oleh itu wahai isteri, hendaklah berlumba-lumba untuk menjadi seorang isteri yang solehah, yang bertakwa, berakhlak mulia dan taat kepada suami.

Rasulullah bersabda, yang bermaksud: “Sungguh-sungguh memintakan ampun untuk seorang isteri yang berbakti kepada suaminya, iaitu burung- burung di udara, ikan-ikan di air dan malaikat di langit selama dia sentiasa dalam kerelaan suaminya.”

Jika seorang isteri mengharap cintanya berbalas, maka banyakkan mencari keredhaan Allah melalui keredhaan suami.
======================================================================
= Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :

“Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, dan dosa-dosa yang silam disulami dengan taubat kepada Dzat yang memiliki mu.”


Fungsi Bateri CMOS

31 Mac 2010

Pada setiap motherboard terdapat satu bateri yang dipasang padanya. Bentuknya bulat, sama seperti bateri yang digunakan pada sesetengah jam. Bateri ini dinamakan bateri CMOS (Complementary Metal Oxide Semiconductor).

Sekiranya bateri ini tidak dipasang pada motherboard atau kuasa bateri telah lemah, maka error akan wujud semasa proses POST komputer. Sekiranya komputer masih di”paksa” untuk terus beroperasi tanpa menggunakan bateri CMOS, maka komputer tersebut akan menggunakan BIOS “default setting”.

Fungsi utama bateri CMOS ialah:
1. Untuk menyimpan masa komputer (time setting).
2. Untuk menyimpan BIOS settings.

Biasanya bateri cmos akan lemah setelah 5 tahun digunakan atau komputer tersebut sering di “force shutdown”. Sekiranya anda mendapati bateri cmos telah lemah, dapatkan sahaja gantian bateri cmos di kedai jam.

Sumber asal.. http://sufianpc.blogspot.com/