Fungsi Bateri CMOS

31 Mac 2010

Pada setiap motherboard terdapat satu bateri yang dipasang padanya. Bentuknya bulat, sama seperti bateri yang digunakan pada sesetengah jam. Bateri ini dinamakan bateri CMOS (Complementary Metal Oxide Semiconductor).

Sekiranya bateri ini tidak dipasang pada motherboard atau kuasa bateri telah lemah, maka error akan wujud semasa proses POST komputer. Sekiranya komputer masih di”paksa” untuk terus beroperasi tanpa menggunakan bateri CMOS, maka komputer tersebut akan menggunakan BIOS “default setting”.

Fungsi utama bateri CMOS ialah:
1. Untuk menyimpan masa komputer (time setting).
2. Untuk menyimpan BIOS settings.

Biasanya bateri cmos akan lemah setelah 5 tahun digunakan atau komputer tersebut sering di “force shutdown”. Sekiranya anda mendapati bateri cmos telah lemah, dapatkan sahaja gantian bateri cmos di kedai jam.

Sumber asal.. http://sufianpc.blogspot.com/


Jangan gunakan Handphone Ketika Mengisi Minyak

26 Mac 2010

Mari  kita tengok ekspiremen sains kat bawah ni, untuk buktikan betapa bahayanya isi minyak sambil berbual atau sms pakai Handphone..

sebelum tu, kita sediakan bahan2 serta alatan yang diperlukan.. Iaitu :-
1. Kuali sebiji…cari yang leper tu…
2. 3 helai  kad, kad manila pun boleh..tapi jangan pakai mycard, kad kredit ataupon kad ATM, mahupun sim card…
3. 1 roll kertas foil…kertas timah tu laa….yang macam bungkusan kedua corn flakes tu laa…
4. Handphone sebiji…dan pastikan juga ada kredit…
5. Minyak petrol sikit....

Lepas tu…..

susun kad tadi lebih kurang begini….

letak pula kertas foil tu atas kad tadi..

letak petrol sedikit…

TIBA-TIBA

api menyala !!!
peringatan,anda dinasihatkan untuk tidak mengunakan handphone ketika di stesen minyak…..

Sebarkan kepada semua orang yang anda sayangi…
Bersama-sama kita saling ingat- mengingati.


pertunjukan belon udara panas sedunia di putrajaya

22 Mac 2010

Seminggu sebelum Pertunjukan belon udara panas di Putrajaya, saya sudah memasang niat untuk ke sana nanti. Pertunjukan pada kali ini merupakan pertunjukan kali ke 2 di Putrajaya.

Di fahamkan, sebanyak 25 belon udara panas yang didatangkan khas dari seluruh dunia sempena Pertunjukan Belon Udara Panas Antarabangsa 2009 di Putrajaya, sejak daripada khamis lepas.

Antara belon yang tak sempat naik ke atas

Bertempat di Monumen Alaf Baru di Presint 2, Putrajaya, negara seperti Perancis, Jerman, Jepun, Belgium, Thailand, New Zealand, Korea, Filipina, AS dan Indonesia masing-masing akan mempamerkan kehebatan belon udara pada pertunjukan terbesar ini.

Sesi pertunjukkan sebelah pagi dari pukul 9.00am-11.00am,  manakala sebelah petang pula dari pukul 6.00pm-9.00pm.  Saya hanya berkesempatan pergi melihat sesi petang pertunjukan itu.

Sebelum dimulakan pada petang nanti, saya dan isteri sempat meninjau pertandingan kereta paling cantik dan payung terjun, yang juga diadakan  berdekatan tapak pameran belon udara panas.

Isteri bergambar diantara kereta cantik yang di pertandingkan

Sayangnya,  keadaan cuaca yang hujan dan bertiup kencang petang itu menggagalkan pertunjukan belon udara panas. Tidak seperti sessi pagi yang berjalan seperti di rancang.

Apapun, orang ramai yang datang tetap berpuas hati, meskipun belon-belon sempat dinaikkan beberapa meter saja ke atas sebelum diberi arahan untuk turun berikutan hujan dan angin bertiup kencang.


Hari Jadi Ke 10 Adik Irish Sofia

21 Mac 2010

Hari Jadi selalunya hari yang gembira dan diraikan dengan kek yang akan disambut dengan rakan-rakan serta keluarga anda.  Pada 20 Mac, 2010 Salah seorang staff Silver Bird menjemput kami ( rakan sekerja)  untuk meraikan ulang tahun kelahiran anak perempuannya yang ke 10.  Bertempat di Bandar Puteri, Kelang,  suasana petang itu amat meriah dengan kehadiran rakan-rakan  serta saudara mara terdekat.

Acara potong Kek pada pukul 6.15pm itu, menyebabkan kesemua hadirin   sudah tidak sabar lagi untuk memakan kek dan megucapkan selamat Hari Jadi yang ke 10 untuk adik Sofia. Hadirin  semua tersenyum lebar disertai dengan pancaran flash dari kamera masing-masing. Kek coklat bersalut krim coklat yang cantik serta enak itu  menjadi pilihan adik Sofia. Sedapnya!

Nama: Irish Sofiah 10 Tahun

Ini adalah sebahagian gambar yang ditangkap pada majlis tersebut.


Gambar adik  Sofia yang sentiasa Ceria.

Situasi ketika majlis hari jadi adik Sofia berlangsung. Semuanya Happy….

Selesai kami menyanyikan  lagu hari jadi, tiba masa nya untuk memotong kek.

Kelihatan Tuan Rumah sibuk Melayan tetamu. Kegembiraan jelas terpancar di wajah mereka, lebih- lebih lagi kepada adik Sofia.  Semoga panjang umur dan murah rezeki dik… Jangan nakal-nakal tau….


Akhlak mulia Rasullullah SAW

18 Mac 2010

Untuk dihayati bersama . – semuga selepas membaca kerjasama dapat buat ulasan

Di antara mukjizat Rasulullah Muhammad SAW adalah mengalahkan musuh
dengan TAQWA dan KASIH SAYANG. Yahudi tewas oleh senjata TAQWA dan KASIH
SAYANG. Senjata ini lebih power dari nuklir dan lebih hebat dari segala
jenis teknologi di dunia ini.
Berikut ini salah satu contoh, bagaimana akhlak mulia yang lahir dari
taqwa dan kasih sayang Rasulullah itu telah berhasil menawan yahudi
hingga mati.

Disudut kota Madinah tinggal seorang orang tua Yahudi yang buta. Orang
Yahudi itu sangat membenci Rasulullah SAW. Kerana terlalu bencinya, dia
tidak sanggup mendengar nama Muhammad di sebut orang di sekelilingnya.
Telinga dan hatinya terasa sakit bila mendengar nama Muhammad disebut.
Sampailah cerita orang tua buta itu kepada Rasulullah SAW. Lalu beliau
mendatangi rumah orang tua buta itu, tanpa memberitahu bahawa yang
datang itu adalah Muhammad SAW.
“Apakah yang boleh saya bantu, Pakcik?” tanya Rasulullah SAW.
“Setiap orang bercakap tentang Muhammad, tidak ada yang cakap buruk
tentang Muhammad, padahal aku begitu membencinya. Aku menderita
kerananya”
“Apakah yang boleh saya lakukan agar hati Pakcik lega ?”
“Aku tidak mau lagi mendengar nama Muhammad, bawalah aku pergi dari
sini. !”
“Kemana ?”
“Kemana saja ! Yang penting aku tidak mendengar lagi nama
Muhammad.”

Akhirnya Rasulullah mendukung orang tua buta itu. Orang tua buta itu
tidak tahu bahawa yang mendukungnya adalah orang yang paling dia benci.
Tibalah Rasulullah kesebuah tempat yang sunyi sepi, tidak ada satupun
penduduk yang tinggal disitu. Dengan penuh kasih sayang Rasulullah
menyediakan tempat untuk orang tua buta itu tinggal di daerah yang tidak
berpenghuni itu.
“Istirahatlah.” kata Rasulullah.

Orang tua buta itu lalu melepaskan penatnya, padahal seharusnya
Rasulullah yang beristirahat karena beliau telah mendukung orang tua
buta itu dangan menempuh perjalanan yang sangat jauh, setelah itu
menyediakan tempat untuk orang tua buta itu pula. Tapi karena tingginya
cinta Rasulullah kepada manusia sekalipun kepada yang membencinya,
beliau mampu melakukan semua itu.
“Bagaimana dengan keperluan harianmu ?” tanya Rasulullah
“Maksudmu ?”
“Misalnya keperluan makan-minummu.”
“Biarlah aku tidak makan dan mati disini daripada aku harus
mendengar nama Muhammad.”
“Kalau begitu, Insya Allah saya akan menghantar makanan untuk pakcik
setiap hari kemari.” kata Rasulullah.

Maka sejak saat itu, setiap hari Rasulullah datang untuk mengunjungi si
orang tua. Bukan hanya mengantarkan makanan, namun juga menyuapkannya,
bahkan Rasulullah memandikannya dan mengurus keperluannya yang lain.
Sampai pada saat Rasulullah sakit dan beliau merasa malaikat maut sudah
akan menjemputnya, beliau berpesan kepada Sayidina Abu Bakar.
“Wahai Sahabatku, ada seorang Yahudi buta yang hidupnya sendiri,
setiap hari aku mengunjunginya, dan jika ajalku tiba gantikanlah
tugasku,” ujar beliau.
Pada akhirnya ketika Rasulullah SAW wafat, Sy. Abu Bakarlah yang
mengurusi orang tua buta itu.
Ketika Sy. Abu Bakar menyuapkan makanan ke mulutnya, orang tua itu
menyadari jika yang mengurusnya telah berganti orang.
“Cara kau melayan tak sama macam sebelum ini” kata orang tua
buta itu.
“Bagaimana biasanya?” tanya Sy. Abu Bakar.
“Biasanya begitu lembut, namun sekarang agak kasar. Engkau orang
lain kah?” Sy. Abu Bakar agak terkejut karena beliau sudah berusaha
selembut mungkin, namun ternyata tetap tidak dapat menandingi kelembutan
Rasulullah.
“Ya, betul. Sebelum ini yang mengurus pakcik memang bukan saya.”
Ujar Sy. Abu Bakar.
“Benarkah? Lantas siapa yang membawaku kemari dan mengurus aku
selama ini ? Kemana dia ? Mengapa kau menggantikannya ?”
“Beliau sudah wafat.” Jawab Sy. Abu Bakar dengan sedihnya.
“Oh, menyesalnya aku, selama ini aku belum sempat berterima kasih
padanya,” ujar si orang tua buta itu sambil menangis.
“Beliau tidak memerlukan itu.”
“Ya, padahal pengorbanannya begitu besar padaku. Setiap hari
diuruskannya segala keperluanku, padahal dia bukan keluargaku, bukan
anakku, bukan cucuku. Dan aku tidak pernah menemukan orang selembut,
sebaik dan secantik dia peribadinya.”
“Tentu saja, dialah peribadi agung yang terbaik di kalangan makhluk
Tuhan, kami berusaha untuk mencontoh peribadinya.”
“Siapakah dia ?” tanya orang tua buta itu.
“Pakcik tak pernah tanya namanya?” tanya Sy. Abu Bakar hairan.
“Itulah, aku lupa, padahal dia sudah luar biasa baik padaku.”
“Dia adalah Muhammad.”
“Muhammad ?” orang tua buta itu terkejut, tubuhnya gementar.
“Muhammad yang membawa agama baru itu ?” tanyanya lagi tak
percaya.
“Iya.”
“Berarti Muhammad yang selama ini aku benci……” tangis orang
tua buta itupun pecah. Berjuta penyesalan memenuhi dadanya hingga ia
terasa sesak.
“Adakah manusia yang lebih baik daripada Muhammad ?” Tanyanya,
entah pada dirinya atau pada Sy. Abu Bakar.
“Aku telah membencinya dengan sepenuh hatiku karena dia membawa
agama baru, namun mengapa malah dia datang padaku dan berkhidmat padaku
? Bahkan dia selalu menghiburku sehingga kedatangannya kurindui.”
orang tua buta itu bercakap sambil menangis.
“Siapa namamu ?” tanya orang tua itu kepada Sy. Abu Bakar.
“Abu Bakar.”
“Saksikanlah wahai Abu Bakar, aku bersaksi bahwa tiada jenis Tuhan
selain Allah dan aku bersaksi bahwa Muhammad utusan Allah,” katanya
dengan penuh bersemangat.
Tiba-tiba orang tua buta itu terbatuk-batuk, tubuhnya
bergoncang-goncang, dadanya dia rasakan semakin sakit.
“Oh…benarlah agama yang dibawanya itu…benarlah risalah yang
disampaikannya itu…” katanya semakin perlahan. Tak kuat menahan
sakit orang tua buta itu merebahkan tubuhnya sambil terus memegang
dadanya.
“Aku telah membuat dosa besar, sudikah Tuhan mengampunkan aku?”
“Allah Maha Pengampun dan Muhammad selalu memaafkan orang sekalipun
orang itu belum meminta maaf.” Sahut Sy. Abu Bakar.
“Tapi kesalahanku sangatlah besar.”
“Seandainya kau tahu, rasa sesalku membuat seluruh tubuhku seperti
mau luluh lantak,” orang tua buta itu terbatuk-batuk lagi sampai
suara batuk yang semula keras itu lama-kelamaan menjadi mengecil dan
akhirnya hilang sama sekali.
Rupanya bersamaan dengan berhentinya batuk, berhenti pula nafasnya.
Orang tua buta itu akhirnya meninggal dalam keadaan beriman kepada Allah
dan Muhammad Rasulullah SAW.
Yahudi tua yang sangat keras menentang Rasulullah itu akhirnya tewas
oleh ketaqwaan dan kasih sayang Rasulullah. Dia mati dalam Islam!

Mampukah kita meniru Rasulullah?


AMALAN MINUM AIR PANAS

16 Mac 2010

Baca dan terus sebarkan kepada teman dan kenalan anda .

Serangan Jantung dan Amalan Minum Air Panas ….

Artikel ini berguna untuk semua.

Bukan sahaja amalan meminum air panas selepas makan, tetapi berhubung

SERANGAN JANTUNG!!!!.

Secara logik…, mungkin ada kebenarannya.. Orang-orang China dan Jepun

mengamalkan minum teh panas sewaktu makan… dan bukannya air berAIS.

Mungkin sudah tiba masanya kita meniru amalan minum air panas

sewaktu menikmati hidangan!!!!

Kita tidak akan kehilangan apa-apa… malah

akan mendapat faedah dari amalan ini.

Kepada sesiapa yang suka minum AIS, artikel ini sesuai untuk anda baca.

Sememangnya sedap minum air berAIS selepas makan.

Walaubagaimanapun, AIS akan membekukan makanan berminyak

yang baru kita makan.  Ia akan memperlahankan penghadaman kita.

Bila lemak-lemak ini terbentuk di dalam usus, ia akan menyempitkan banyak

saluran dan lama kelamaan ia akan  menyebabkan lemak berkumpul dan kita

semakin gemuk dan  menuju  ke arah mendapat pelbagai PENYAKIT.

Jalan terbaik…adalah untuk minum sup panas atau air PANAS/suam selepas makan.

:Nota penting tentang SERANGAN JANTUNG!!!

Anda patut tahu bahawa bukan semua tanda-tanda serangan jantung akan mula

terasa pada tangan sebelah kiri.

Berhati-hati juga pada permulaan sakit sedikit-sedikit pada bahagian atas dada anda.

Anda mungkin tidak akan mengalami sakit dada pada serangan pertama  serangan jantung.

Keletihan dan berpeluh adalah tanda-tanda biasa.  Malah 60% penghidap SAKIT JANTUNG

tidak bangun selepas tidur. Marilah kita berwaspada dan berhati-hati.Lebih banyak kita tahu,

lebih cerah peluang kita untuk terus hidup…

PAKAR SAKIT JANTUNG berkata,   jika semua orang yang membaca  artikel  ini dan   menghantar pula

kepada 10 orang yang lain, beliau yakin akan dapat menyelamatkan satu nyawa.Baca ini….

ia juga mungkin dapat menyelamatkan nyawa anda!!!!.

**Jadilah teman yang setia dan teruskan menghantar artikel ini kepada teman-teman yang anda sayangi…..!!!!


Peringatan dari PDRM

14 Mac 2010

Tips menghalang jenayah seperti yang diberi oleh Polis DiRaja Malaysia .

1. Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu seorang diri (Mereka mungkin menggunakan anak sebagai tebusan).

2. Kunci atau sorokkan semua pisau-pisau yang terdapat di dapur sebelum tidur (Kesemua kes kecurian di dapati pisau hilang dan menurut polis mereka akan mencari pisau dahulu sebelum mencuri bertujuan untuk melindungi diri mereka).

3. Sekiranya terdengar/terlihat paip air di luar rumah terbuka pada tengah malam (pukul 12 ke atas), jangan keluar rumah untuk menutup paip tersebut kerana ini adalah taktik terbaru mereka di mana mereka telah menunggu
diluar pintu rumah untuk masuk (Kes terbaru berlaku di Dungun dan PJ).

4. Beritahu anak-anak sekiranya hendak ke tandas (jika tandas jauh) di waktu tengah malam, kejutkan ibubapa untuk bersama mereka.

5. Jangan simpan barang-barang kemas di dalam almari baju (Cara lama…).

6. Bawa alarm kereta bersama semasa tidur, kalau terjaga tengah malam, cuba “on and off” kan balik untuk menakutkan pencuri (Menandakan kita sentiasa peka).

7.. Tekan butang merah alarm kereta anda jika anda mengesyaki pencuri sudah masuk ke dalam rumah.

8. Sekiranya terlihat orang asing yang mencurigakan di kawasan rumah anda, sila dapatkan plet no motor/kereta mereka (Selalunya mereka ini naik motor dan mereka ni biasanya berdua, setiap kali kita lalu depan
mereka, mereka akan menundukkan kepala).

9. Pesan dengan jiran, sekiranya ada sesiapa yang datang ke rumah anda dan mengaku saudara anda bertujuan untuk mengambil barang-barang, jangan benarkan, beri nombor telefon pejabat kepada jiran supaya mereka boleh memaklumkan pada anda.

10. Semasa tidur, pastikan handphone anda berada di sisi atau pastikan juga Cordless Phone anda berada di sisi anda ataupun sambungkan satu extension dalam kamar tidur anda. Ini memudahkan anda membuat
panggilan kecemasan sekiranya anda terasa kehadiran pencuri di dalam rumah anda.

11. Adakan senarai nombor telefon kecemasan 999 seperti polis, bomba , 991 atau sebagainya. Pastikan nombor-nombor ini disimpan dalam handphone anda. Kalau boleh, hafal nombor tersebut. Ini memudahkan
anda untuk membuat sebarang panggilan telefon.

12. Kalau berkemampuan, pasangkan alat pengesan kecurian di rumah atau automatik alarm.

13. Lampu porch & lampu belakang rumah sebaiknya jenis automatik ,ia akan menyala bila malam, baik semasa kita ada di rumah atau pergi makan angin.

14. Kalau perlu mengambil cuti panjang,sentiasa memberitahu jiran2 anda supaya mereka dapat membantu menyimpan surat dlm mail box. Peti surat yg penuh membantu pencuri menghidu ketiadaan tuan rumah.

15. Kalau kawasan anda kerap berlaku kecurian, buat permohonan rasmi dari Balai Polis berdekatan supaya ada anggota polis buat rondaan yang kerap di kawasan anda.

16. Kereta PROTON merupakan kenderaan yang paling mudah dicuri. Kalau kereta anda baru dibeli, sekurang-kurangnya anda perlu mengunci gear & stering sebelum tidur (Sebenarnya masih boleh dicuri, tetapi ia dapat membantu melambatkan pencuri).

17. Kalau ada anak-anak perempuan, sebaik-baiknya pintu biliknya dikunci dari dalam (Sebab ada pencuri yg mengambil kesempatan seksual) dan anda perlu ada kunci pendua sekiranya berlaku kebakaran.

18. Sekurang-kurangnya simpan kayu hoki atau baseball di bawah katil anda buat mempertahankan diri dari pencuri yang ganas.

19. Jangan letak kunci bawah pasu bunga/mail box/alang pintu/tepi tingkap bila keluar (Pencuri dah lama tau taktik ni…). Lebih selamat beri pada jiran yang kita kenal rapat.

20. Kalau menyewa di rumah baru, pastikan anda menukar padlock baru,kerana mungkin penyewa terdahulu
masih mempunyai kunci pendua.

21. Kurangkan pendedahan dan pergaulan anda dengan pekerja asing.

Sumber: Bukit Aman PDRM


JOHN 3:16

13 Mac 2010

Pernahkah saudara semua terserempak dengan anak-anak muda kita yang memakai baju yang bertulis cop besar JOHN 3:16. Bila ditanya mereka tidak tahu apa maknanya. Mungkin nama kumpulan Rock, atau selebriti sukan atau hiburan kerana ianya dicop dengan cantik dan tiada logo agama lain atau menghina Islam.

John 3:16 adalah ayat daripada Bible yang sering digunakan di negara barat terutama di Amerika Syarikat yang bermaksud “Tuhan menyintai dunia ini dan dia megirimkan anak lelakinya (Isa), supaya semua orang yang percaya kepadanya tidak akan menemui kebinasaan dan akan menghayati hidup yang kekal abadi”.

Jesus t-shirt ( chinese)

Tidakkah saudara semua merasa sedih atas apa yang berlaku, apakah sumbangan saudara dalam menyedarkan generasi Islam di Malaysia, sedangkan kita sendiri tidak berilmu untuk mengetahui mana yang benar mana yang salah ? Ayat John 3:16 ini boleh membawa kepada syirik yang besar (harap mereka yang arif dan bergelar ustaz membetulkan pendapat saya mengenai hukumnya).

Harap ambil lah iktibar..


Kegunaan Lain Telefon Bimbit

9 Mac 2010

Tahukah anda bahawa telefon bimbit anda sedikit sebanyak boleh membantu dikala kecemasan.  Banyak perkara yang boleh anda lakukan,antaranya : –

1) NOMBOR KECEMASAN
– Sentiasa ingat bahawa nombor kecemasan untuk semua telefon adalah 112. Jika anda dalam kecemasan dan berada dikawasan tiada liputan untuk semua talian telefon bimbit yang anda gunakan, cuba dail nombor kecemasan 112.Ia boleh digunakan walaupun di kawasan yang tiada liputan dan lebih menarik lagi,ia boleh terus didail walaupun papan kekunci telefon bimbit anda dikunci ( Keypad lock )

2) KERETA TERKUNCI
– Pernahkah anda tertinggal kunci kereta dalam kereta dan kereta anda ketika itu terkunci dari luar. Mesti anda lakukan pelbagai cara untuk mendapatkan kembali kunci bagi membuka semula kereta anda.Jangan risau,telefon bimbit boleh membantu,tapi bagi kereta yang menggunakan system penggera ( alarm ) sahaja .  Caranya,cuba anda hubungi seseorang yang berada di rumah.Minta dia ambilkan kunci pendua kereta anda.  Kemudian pegang telefon bimbit anda dari jarak kira-kira 30 sm ( satu kaki ) dari kereta yang terkunci itu.Minta pula keluarga atau teman di rumah menekan punat ‘ ON ‘ pada kunci pendua kereta dan pastikan dia menekan dengan mendekatkan pada telefon bimbitnya.Pasti kereta anda tidak terkunci lagi,malah ia boleh dilakukan dari jarak beratus-ratus kilometer dari tempat kereta anda berada.Kerana itu juga,penting untuk anda menyimpan kunci pendua atau meminta orang yang anda percayai untuk menyimpannya. Penting juga penggunaan telefon bimbit dalam keadaan sebegini.Kaedah ini memang berkesan kerana beberapa orang telah mencubanya.

3) KUASA BATERI TERSEMBUNYI
– Mungkin ramai tidak tahu,telefon bimbit yang telah kehabisan bateri masih boleh digunakan dalam keadaan kecemasan kerana ia mempunyai fungsi untuk menyimpan bateri tambahan.Bayangkan jika bateri telefon bimbit anda sudah terlalu lemah atau mati sedangkan anda perlu melakukan panggilan penting atau berada dalam kecemasan.Telefon bimbit jenis Nokia didatangkan dengan bateri simpanan.Untuk mengatifkannya, tekan kekunci ‘ *3370# ‘ . Telefon bimbit anda akan berjaya dihidupkan semula dan skrin telefon akan memberitahu telefon tentang penambahan kuasa bateri sebanyak 50 peratus.Kuasa tambahan ini juga akan dicas semula bila anda mengecas telefon bimbit anda .

4) TELEFON KENA CURI
– Bagaimana jika telefon bimbit anda dicuri.Anda boleh menjadikan ia tidak dapat diaktifkan dengan menekan nombor siri yang terdapat di telefon bimbit anda,sila dail *#06# dan 15 digit nombor siri telefon bimbit anda akan tertera di skrin.Nombor ini adalah unik untuk setiap telefon bimbit.Catatkan nombor siri ini dan simpannya di tempat Selamat.Bila telefon bimbit anda dicuri,anda boleh hubungi pusat servis telefon bimbit anda dan berikannya kod nombor siri tersebut.Mereka kemudiannya akan mengunci system dalam telefon bimbit anda dan sesiapa sahaja yang mencurinya pasti hampa kerana walaupun kad simnya telah ditukar,dia tidak akan berupaya mengaktifkan kembali telefon bimbit tersebut.Jadi, walaupun ia di curi,namun sekurang-kurangnya anda berpuas hati kerana si pencuri takkan boleh menggunakannya ataupun menjualnya


GOTONG ROYONG DI FLAT VALENCIA SRI MUDA

7 Mac 2010

Program : Gotong Royong Membersihkan kawasan Perumahan
Tarikh : 07 Mac 2010
Masa : 7.00 pagi – 1.00 petang
Lokasi : Flat Valencia Taman Sri Muda, Shah Alam Selangor
Anjuran : MBSA & Persatuan Penduduk
Gambar Longgokan sampah Sebelum Gotong Royong

Satu majlis gotong-royong membersihkan kawasan perumahan di Flat Valencia Taman Sri Muda yang di adakan pada 07hb. Mac 2010. Majlis gotong-royong yang dikenali sebagai Gotong-royong Perdana ini merupakan acara 6 bulan sekali yang di sertai oleh MBSA dan penduduk setempat.
Kerja pembersihan sedang di jalankan

“Orang ramai khususnya penduduk kawasan berhampiran amat dialu-alukan untuk menghadiri dan menyertai gotong-royong ini”, kata wakil MBSA. Di jangkakan seramai 200 orang peserta akan menyertai gotong royong ini.
Memunggah sampai ke Lori Alam Flora

Di samping Jawatankuasa Penganjur, gotong-royong tersebut juga mendapat sokongan dan kerjasama padu daripada Alam Flora. Orang ramai Khususnya para penduduk di kawasan flat Valensia, ambillah peluang ini untuk merapatkan lagi hubungan silaturrahim yang sedia ada.

Di samping itu, orang ramai yang mempunyai bahan-bahan boleh kitar bolehlah mengumpulkan bahan-bahan tersebut dan menyerahkan kepada MBSA pada hari gotong-royong diadakan.
Sampah sudah tiada


Hujung Minggu Ke Batu Caves, Selangor

7 Mac 2010

Sebut saja Batu Caves di Selangor, siapa yang tidak tahu sebab di tempat itulah penganut agama Hindu menyambut perayaan Thaipusam setiap tahun. Gua Batu, yang terletak di daerah Gombak, dikatakan menjadi destinasi pelancongan paling popular di Selangor. Tidak pernah berhenti untuk menarik pengunjung, baik tempatan maupun asing.

Sabtu lepas, 06-Mac-10, Saya dengan Juinon berkesempatan ke Batu Caves. Kunjungan kami sebenarnya tidak di rancang, cuma kebetulan ada urusan berdekatan tempat pelancongan itu, lalu kami singgah bersama pelancong lain.

Sekali sekala menaiki bukit, terasa letih juga menaiki anak-anak tangga sebanyak 272 langkah sebelum sampai ke puncak gua. Mujurlah sepanjang menaiki tangga, adanya kawanan monyet yang menghiburkan.

Di kaki Gua pula, ribuan burung merpati turut memeriahkan pengunjung apabila di berikan makanan. Burung-burung merpati tersebut boleh di pegang dan diambil gambarnya tanpa di kenakan sebarang bayaran.

Kunjungan seketika ke Batu Caves Sabtu lepas, mengingatkan saya sewaktu kunjungan tidak lama dulu, ketika itu keadaan di Baru Caves biasa saja. Tempat parking kereta, kedai kedai cenderahati dan prasarana agak daif, tapi kini, semuanya telah bertukar wajah.

Tempat parking kenderaan kini bertar, kedai kedai cenderahati sudah di’standardkan’ dan kemudahan awam seperti tandas telah disediakan. Patung Muruga juga gagah berdiri di Kaki Bukit dekat Kuil. difahamkan Patung itu berharga RM2.5 juta. Dan dicatatkan dalam Malaysian Book of Records sebagai patung tertinggi dewa Hindu dalam negara.


62 KATA-KATA HIKMAH UNTUK RENUNGAN BERSAMA

5 Mac 2010

1. Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman.

2. Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yang belayar di lautan telah ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.

3. Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.

4. Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang.

5. Hati yg terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya.

6. Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.

7. Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah.

8. Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak.

9. Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.

10. Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu. Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera.

11. Lidah yang panjangnya tiga inci boleh membunuh manusia yang tingginya enam kaki.

12. Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu mengecewakan agama.

13. Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya.

14. Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat.

15. Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan
kebahagiaan.

16. Seseorang yang bijak melahirkan kata-kata selalunya disanjung sehingga ia mula bercakap kosong.

17. Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika ianya digunakan.

18. Kekayaan bukanlah satu dosa dan kecantikan bukanlah satu kesalahan. Oleh itu jika anda memiliki kedua-duanya janganlah anda lupa pada Yang Maha Berkuasa.

19. Sahabat yang tidak jujur ibarat dapur yang berhampiran. Jikalau pun kamu tidak terkena jelaganya sudah pasti akan terkena asapnya.

20. Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu sendiri dilahirkan dari sebuah kemesraan.

21. Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat.

22. Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.

23. Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat.

24. Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh. Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat kayu api.

25. Menulis sepuluh jilid buku mengenai falsafah lebih mudah daripada melaksanakan sepotong pesanan.

26. Jangan menghina barang yang kecil kerana jarum yang kecil itu kadang-kadang menumpahkan darah.

27. Kegembiraan ibarat semburan pewangi, pabila kita memakainya semua akan dapat merasa keharumannya. Oleh itu berikanlah walau secebis kegembiraan yang anda miliki itu kepada teman anda.

28. Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang.

29. Reaksi emosi jangan dituruti kerana implikasinya tidak seperti yang diimaginasi.

30. Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.

31. Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.

32. Penglihatan itu sebagai panah iblis yang berbisa, maka siapa yang mengelakkannya kerana takut padaKu, maka Aku akan menggantikannya dengan iman yang dirasakan manisnya dalam hati…

33. “Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia, umpama kaca mata yang bersinar-bersinar, tetapi tidak melihat apa-apa”

34. “Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan. Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup”

35. Tanda Orang Bijaksana Ialah Hatinya Selalu Berniat Suci; Lidahnya Selalu Basah Dengan Zikrullah; Matanya Menangis Kerana Penyesalan (Terhadap Dosa); Sabar Terhadap Perkara Yang Dihadapi Dan Mengutamakan Akhirat Berbanding Dunia.

36. Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji.”

37. “Hidup umpama aiskrim. Nikmatilah ia sebelum cair”

38. “Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna utk menjelaskan perasaan. Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa. Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan”

39. “Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan”

40. “Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah menguji keteguhan iman seseorang. Malangnya bagi mereka yg hanya mengikut kehendak hati tidak sanggup menerima penderitaan.

41. Hadiah Terbaik :
Kepada kawan – Kesetiaan
Kepada musuh – Kemaafan
Kepada ketua – Khidmat
Kepada yang muda – Contoh terbaik
Kepada yang tua – Hargai budi mereka dan kesetiaan.
Kepada pasangan – Cinta dan ketaatan
Kepada manusia – Kebebasan

42. “Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi merupakan satu cara menyelesaikan masalah yg paling berkesan”

43. “Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, janganlah hidup seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain.”

44. “Dunia ini ibarat pentas. Kita adalah pelakonnya. Maka berlumba-lumbalah beramal supaya hidup bahagia di dunia dan akhirat”

45. “Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang menentukan, Harta itu satu tamu yang akan berangkat, kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan”.

46. “Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg telah dicari”

47. “Cakap sahabat yg jujur lebih besar harganya daripada harta benda yg diwarisi dari nenek moyang”

48. “Ingatlah, sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tak ber teman..”

49. “Lidahmu adalah bentengmu, jika anda menjaganya maka ia akan menjagamu, dan jika anda membiarkannya maka ia tidak akan mempedulikanmu”

50. “Orang yg paling berkuasa adalah orang yg dapat menguasai dirinya sendiri”

51. “Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang, Sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu lonjatan.”

52. “Kalau kita melakukan semua yang kita upaya lakukan, sesungguhnya kita akan terkejut dengan hasilnya.”

53. “Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki, tetapi kita sering kali ingat apa yang ora ng lain ada.”

54. “Apa yang diperolehi dalam hidup ini, adalah sepenuhnya daripada apa yang kita berikan padanya.”

55. “Fikirkan hal-hal yang paling hebat, Dan anda akan menjadi terhebat. Tetapkan akal pada hal tertinggi, Dan anda akan mencapai yang tertinggi.”

56. “Dunia ini tiada jaminan melainkan satu peluang..”

57. “Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang.Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula ke pada Ilahi.”

58. “Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma..”

59. “Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.”

60. “Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul.”

61. “Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik.”

62. “Jadikan sebagai aturan hidup untuk melakukan yang terbaik dalam apa jua yang dilakukan, pasti akan menghasil kecemerlangan.


‘Jom Heboh’ Di Bukit Jalil

1 Mac 2010

Semenjak TV3 memperkenalkan Karnival Jelajahnya dari ‘Sure Heboh’ yang kini di kenali ‘jom Heboh’, Inilah kali pertama saya berkesempatan berkunjung. Itupun atas ajakan Isteri, kalau tidak mungkin masih tak sampai lagi.

Memang suasana betul betul ‘Heboh; dengan kehadiran ratusan ribu pengunjung. Dari apa yang saya perhatikan, bukan saja orang tempatan yang sememangnya datang dari pelbagai bangsa dan agama, tetapi orang luar juga ramai terutamanya dari Indon, Nepal, Bangla dan Myanmar.

Pelbagai syarikat terutama pengeluar produk makanan dan kesihatan yang mengambil bahagian pula, berlumba lumba mempromosikan barangan masing masing.

Namun dalam kemeriahan itu, kehadiran kumpulam muda mudi yang berambut ‘punk’ mencacatkan sedikit pandangan mata. Lebih lebih lagi mereka ni orang melayu. Dengan tidak segan silu, mereka dilihat melakukan aksi menari ala punk, mengusik pengunjung dan sekali sekala duduk berkumpulan di tengah khalayak.

Apapun saya berpuas hati dengan karnival yang dianjurkan TV3 ini. Lebih lebih lagi dapat mendekati dan berkenalan dengan penyampai juga Krew TV3. Tahniah TV3!!

Bergambar Dengan Puspanita dan Azwaliza