Memancing di Jeti Nelayan Telok Gong


Saya percaya, aktiviti memancing merupakan hobi yang diminati ramai, terutamanya lelaki. Lihat sajalah disungai-sungai, parit-parit, kolam-kolam pancing atau lombong, tidak lekang dengan kaki-kaki pancing ini,  terutamanya di kawasan ramai penduduk di pinggir ibukota.

Kebiasaanya aktiviti memancing ini di lakukan pada hujung minggu atau hari kelepasan Am.  Pantang ada peluang kaki-kaki pancing ini akan turun bersama rakan, mahupun bersama sanak saudara.  Sebenarnya mereka ini bukannya mengharapkan sangat hasil pancingan, tapi lebih kepada riadah. Tekanan di tempat kerja akan dilepaskan melalui aktiviti ini. Topik lain juga boleh dibahankan ketika itu.

Pada perayaan Thaipusam lepas (07-02-12), saya bersama 4 rakan yang lain ke Jeti Nelayan Di Telok Gong untuk memancing. Aktiviti seperti ini sudah banyak saya sertai.  Kali ini kami mula memancing dari pukul 10.00am sehinggalah pukul 2.00pm.  Tapi hanya 7 ekor anak ikan kerapu yang kami dapat. Itulah yang dinamakan rezeki, kadang dapat banyak , kadang dapat sikit.  Tapi kepuasan memancing itu yang penting bagi kami.

Sepanjang masa memancing, sebenarnya air laut sedang proses surut, menyebabkan air mengalir dengan laju. Situasi ini menyebabkan  mata kail selalu tersangkut dan akhirnya putus.  Selain memancing di jeti yang di sediakan,  Di Telok Gong juga ada menyediakan kemudahan Kelong yang boleh disewa serendah RM 30 seorang selama 24 jam.  Keadaan kelong ini biasa-biasa saja, tapi di dalamnya terdapat kelengkapan seperti tandas, tv, barang-barang BBQ, Dapur, periuk, kuali, belanga, sudip, sudu, garfu, pisau, tilam, bantal, ubat nyamuk, cerek, minyak, gula, garam, teh, kopi, dan air bersih yang saya rasakan sangat-sangat berbaloi.

Pengangkutan ke kelong  menggunakan Boat pengusaha kelong itu sendiri. Dan kita boleh menghubungi mereka bila bila masa sahaja.

Kepada mereka yang kaki pancing, di bawah ini antara  tempat-tempat memancing di Selangor  yang sering dikunjungi ramai:-

–          Pelabuhan Klang ( pintu gedung & laluan kapal)

–          Pelabuhan Klang ( jetty StarCruice,  tanjung gila dan pulau ketam)

–          Pulau indah (LagunaPark, Jetty nelayan Telok Gong)

Orang pertama dapat lesen….

Tinggalkan komen