Teknik pemasangan peralatan USB yang betul


USB adalah dari singkatan perkataan Universal Serial Bus. Ianya diwujudkan untuk memudahkan pelbagai peralatan disambungkan kepada komputer.
USB berbeza daripada serial atau printer port kerana ianya boleh membekalkan tenaga letrik kepada peralatan. Selain daripada itu port USB boleh disambungkan kepada peralatan USB yang lain hanya dengan menggunakan satu port USB di komputer utama.
Didalam pemasangan peralatan USB perkara yang pertama yang perlu diikuti adalah, jangan pasangkan peralatan USB tanpa memasang USB driver peralatan tersebut terlebih dahulu. Ini akan mengakibatkan peralatan tersebut tidak boleh digunakan selepas itu.
Jadi berhati-hati apabila kita mempunyai peralatan USB yang baru dibeli.

Tinggalkan komen